Monday 30 September 2013

kisah Abu Hurairah RA


Nama sebenarnya ialah Abdurrahman.  Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana beliau sangat gemar bermain dengan kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, dia ditanya apa yang terdapat di lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan bahawa isinya ialah anak Kuching, lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a.


Abu Hurairah ra ialah insan yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan selalu melakukan ibadat bersama isteri dan anak-anaknya setiap masa secara bergilir-gilir. Pada mulanya, beliau solat sambil berjaga sepertiga malam kemudian disambung isterinya sepertiga malam dan sepertiga lagi dimanfaatkan pula oleh cahaya matanya.  Tidak ada sesaat pun yang berlalu setiap siang dan malam di rumah Abu Hurairah tanpa solat, zikir dan ibadah kepada Allah SWT.


Diriwayatkan pada suatu hari, Marwan bin Hakam telah menguji kemampuannya menghafal. Maka dia menjemput Abu Hurairah RA untuk membacakan hadis-hadis baginda Nabi sambil dicatat oleh seorang penulis, setelah setahun berlalu, Abu Hurairah dipanggil semula dan diarahkan membaca kembali apa yang pernah dibacakannya suatu masa dahulu.  Ternyata tidak ada yang terlupa walaupun sepatah perkataan. sekalipun usianya bertambah dan masa pun telah berganti-ganti. ia tetap mewakafkan hidupnya untuk lebih banyak mendampingi Rasulullah SAW sehingga menjadi manusia yang terbanyak menerima dan menghafal Hadis Nabi serta meriwayatkannya.


Ia berkata tentang dirinya, "Tak ada seorang pun dari sahabat-sahabat Rasul yang lebih banyak menghafal Hadis padaku, kecuali Abdullah bin 'Amr bin 'Ash, kerana dia pandai menulis sedangkan aku tidak." Dan Imam Syafi'i mengemukakan pula pendapatnya tentang Abu Hurairah "la seorang yang paling banyak menghafal di antara seluruh perawi Hadis sesamanya." Sementara Imam Bukhari menyatakan pula "Ada lapan ratus orang atau lebih dari sahabat, tabi'in dan ahli ilmu yang meriwayatkan Hadis dari Abu Hurairah."


Demikianlah Abu Hurairah RA.  Tak ubah bagai suatu perpustakaan besar yang telah ditakdirkan kelestarian dan keabadiannya. “Abu Hurairah” sesuci hatimu.


No comments:

Post a Comment