Pengertian ilmu
hadith / ulum hadith
Ilmu hadis bermaksud: Kaedah-kaedah yang diguna pakai untuk
mengetahui dan menilai kedudukan seorang perawi (sanad) dan lafaz (matan)
hadis.
Melalui kaedah ini seseorang itu dapat
mengetahui kedudukan atau martabat sesebuah hadis dengan mengkaji sifat-sifat
perawi dan jumlah mereka serta kesahihan matan hadis yang diriwayatkan menjurus
kepada kedudukan sesebuah riwayat sebagai dalil atau hujah baik di dalam akidah
mahupun syariat.
PENGERTIAN
AL-HADIS :
Bahasa: maksud
baharu, perkhabaran, yang dekat atau yang lama.manakala
Istilah: pula
ialah perkataan, percakapan, perbuatan,
taqrir (pengakuan) dan sifat yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW..
Maksud
perkataan yg terdapat dalam definisi hadis.
Bahagian ilmu
al-hadith terbahagi kepada 2 iaitu:
1).Hadith
riwayah
Pengertian: Suatu pengetahuan yang
disandarkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w secara khusus sama ada
perkataan, perbuatan, takhrir, sifat, dan juga tingkah laku.
2).Hadith
Dirayah
Pengertian: Suatu
ilmu untuk mengetahui
keadaan sanad dan juga matan sama ada diterima atau ditolak serta
perkara yang berhubung kait dengannya.
-
Nama lain bagi hadis ini :
v Ulum al-Hadis
v Usul al-Hadis
v Mustalah
al-Hadis
RINGKASAN PERBEZAAN ANTARA ILMU HADITS RIWAYAH DAN DIRAYAH
Tinjauan
|
Ilmu Hadits Riwayah
|
Ilmu Hadits Dirayah
|
Objek pembahasan
|
Segala perkataan, perbuatan dan persetujuan Nabi saw.
|
Hakikat, sifat-sifat dan kaedah-kaedah dalam periwayatan
|
Pendiri
|
Muhammad bin Syihab Az-Zuhri (w. 124 H)
|
Abu Muhammad Al-Hasan bin Abdurrahman bin Khalad
Ar-Ramahurmuzi (w. 360 H)
|
Tujuan
|
Memelihara syari’ah Islam dan kepentingan Sunnah
|
Meneliti hadis berdasarkan kaedah-kaedah atau persyaratan
dalam periwayatan.
|
Faedah
|
Menjauhi kesalahan dalam periwayatan
|
Mengetahui periwayatan yang diterima (maqbul) dan yang
tertolak (mardud)
|
SEJARAH AL-HADITH
PENGUMPULAN & PENULISAN HADITH
q
Sesungguhnya ilmu hadis merupakan salah satu cabang
ilmu yang diwarisi daripada ulama-ulama silam.
q
Ilmu hadis yang tersedia ada sekarang sebenarnya telah
melalui beberapa peringkat sehinggalah ianya menjadi satu cabang ilmu yang unik
dalam Islam.
q
Jika diperhatikan dengan teliti, sejarah perkembangan
ilmu Hadis merupakan satu gambaran praktikal bagaimana Allah SWT menjaga kalam
suci Nabi Muhammad saw. sehingga sekarang dan menjaganya daripada ditokok
tambah sebagaimana DIA memelihara kesucian al-Quran.
q
Penjagaan ini jelas kita perhatikan melalui para
muhaddis dalam meriwayatkan hadis dengan mementingkan kepada persoalan sanad
atau jalan hadis sehinggakan Ibn Salam pernah berkata "Sesungguhnya sanad
itu sebahagian daripada agama, kalaulah tidak kerana adanya sanad nescaya
mudahlah orang bercakap apa saja yang dia suka".
PERINGKAT
PERTAMA : PERINGKAT PERTUMBUHAN
q
Peringkat ini bermula daripada zaman sahabat
sehinggalah ke akhir kurun pertama hijrah atau lebih jelas lagi ianya bermula
selepas daripada kewafatan baginda Rasulullah saw.
q
Pada zaman Rasulullah saw masih hidup, sudah ada
usaha-usaha untuk mengumpul dan menulis hadis sebagaimana yang dilakukan oleh
Abdullah bin Amru. Perkara ini diakui oleh Abu Hurairah sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Imam Bukhari.
q
Beliau mengakui Abdullah bin Amru lebih banyak
meriwayatkan hadis daripada Rasulullah hanya disebabkan beliau menulis hadis
dan Abu Hurairah tidak menulis. Namun begitu ada hadis yang melarang
sahabat-sahabat baginda daripada mencatit apa-apa yang berkaitan dengan
Rasulullah kerana takut ianya boleh melalaikan mereka daripada al-Quran.
q
Tetapi ulama telah memberi pandangan bahawa ada hadis
yang dibenarkan untuk mereka mencatit dan menulis, secara langsung ia telah
memansuhkan hadis yang melarang.
q
Selain itu Khalifah Umar pernah menyarankan proses
pengumpulan hadis, tetapi setelah beliau beristikharah selama sebulan maka
natijahnya, beliau menolak cadangan mengumpul hadis dalam bentuk penulisan
ekoran daripada sikap ambil beratnya terhadap Sunnah, yakni takut ianya
bercampur aduk dengan kalam Allah.
q
Percubaan
Saidina Umar ini menunjukkan kepada kita bahawa pengumpulan hadis dari sudut
hukum adalah harus dan beliau tidak berbuat demikian adalah kerana dikhuatiri
sahabat pada waktu itu lebih tertumpu kepada Sunnah dan tidak kepada kitab
Allah.
q
Sikap ambil berat sahabat terhadap sunnah juga dapat
kita perhatikan melalui usaha mengumpul dan memastikan kesahihan hadis
sehinggakan mereka sanggup bermusafir beribu batu dengan hanya menaiki unta
semata-mata untuk mencari hadis sahih.
q
Contohnya sebagaimana yang berlaku ke atas Jabir bin
Abdullah yang bermusafir selama sebulan ke negeri Syam, mencari dengan Abdullah
bin Unais al-Ansari bagi mendapatkan hadis daripada Rasulullah saw.
q
Begitu juga sebelum berakhirnya zaman sahabat telah
terdapat Sunnah dalam bentuk pengumpulan dan pembukuan antaranya "
as-Sahiifah as-Saadiqah" oleh Abdullah bin Amru, " as-Sahiifah"
oleh Jabir bin Abdullah al-Ansaari, " as-Sahiifah as-Sahiihah" oleh
Hamam bin Munabbih dan " sahiifah Ali" oleh Saidina Ali.
q Begitulah perjalanan
Sunnah pada kurun pertama.
PERINGKAT
KEDUA : PERINGKAT PENGUMPULAN
q
Peringkat ini bermula dari awal kurun ke dua hingga ke
awal kurun ketiga hijrah. Pada peringkat ini boleh dikatakan ilmu hadis telah
sempurna dikumpul dan dibukukan.
q
Hal demikian memandangkan kepada beberapa faktor yang
mendorong ulama supaya membukukan sunnah.
q
Antara faktor-faktor tersebut, kurangnya daya
ingatan manusia pada zaman itu tidak sebagaimana yang zaman sahabat dan
taabi’iin. Ianya telah diakui oleh Imam az-Zahabi dalam kitabnya
"Tazkiratul Huffaz".
q
Begitu juga telah lahirnya ajaran sesat serta
kumpulan yang telah terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar seperti
Mu’tazilah, Khawarij dan lain-lain. Faktor tersebut telah mendorong
Kalifah Umar bin Abdul Aziz selaku pelopor kepada pembukuan Sunnah ini,
mengarahkan ulama untuk mengumpul segala hadis dengan tujuan untuk
menyelamatkan Sunnah daripada penyelewengan dan hadis-hadis Maudhu (hadis yang
direka dan dinisbahkan kepada Rasul).
q
Begitu juga pada waktu itu telah timbulnya cabang ilmu
hadis iaitu ilmu " al-Jarh wa at-Ta’diil" bagi mengkritik periwayat
hadis.
q
Hal ini penting untuk menyelamatkan Sunnah daripada
tujuan buruk mereka mencipta hadis semata-mata untuk kepentingan
kumpulan-kumpulan tertentu.
q
Ulama telah mula berhati-hati dalam mengambil hadis
daripada periwayat hadis dan tidak meriwayatkan hadis daripada periwayat hadis
yang tidak dikenali peribadinya. Ulama hadis telah memberikan perhatian khusus
pada isi hadis dan sanadnya.
q
Begitulah berakhirnya peringkat kedua
PERINGKAT KETIGA: PEMBUKUAN SECARA SPESIFIK
q
Peringkat ini bermula dari kurun ketiga sehingga
pertengahan kurun keempat Hijrah. Kurun ketiga merupakan kurun keemasan bagi
Sunnah Nabawiyyah kerana jika dilihat daripada sudut perkembangan ilmu Hadis,
kita nampak pada kurun ini Sunnah telah dibukukan secara keseluruhan.
q
Ulama Hadis
telah mempelbagaikan pembukuaan Sunnah dan ini menunjukkan kepada kita bahawa
seninya Ulamak Hadis dalam membukukan Ilmu Hadis.
q
Sebagai contoh: ada Ulama membukukan hadis dalam bentuk
Masaanid yang membawa maksud, kumpulan hadis-hadis Nabi yang diriwayatkan
oleh para sahabat, seperti " Musnad Imam Ahmad".
q
Manakala Imam Bukhari dan Muslim pula mengumpul hadis
dalam bentuk " al-Jaami’ as-Sahiih" yang bermaksud, kumpulan
hadis-hadis yang meliputi sebahagian besar perkara-perkara penting dalam agama
termasuklah feqah, Hari Kiamat, Adab, Sirah dan lain-lain.
PERINGKAT KEEMPAT: ZAMAN PENULISAN SENI-SENI ILMU HADIS
q
Bermula dari pertengahan kurun ke empat hingga
permulaan kurun ke tujuh, ulama pada waktu ini dengan bantuan daripada apa yang
telah ditinggalkan oleh ulama-ulama sebelum ini telah mengembangkan lagi ilmu
hadis kepada keadaan yang lebih baik. Maka kita dapat lihat hasil yang
dicurahkan oleh generasi ini alam buku-buku seperti:
1. al-Muhdis al-Faasil bayna ar-Raawi wal al-waâyii - al-Qadhi Abu Muhammad al-Waamahramzi
2. al-Kifaayah fii iâ lmi il-Riwaayah -al-Khatiib al-Baghdaadi
3. al-Ilmaaâ fii Usuul il-Riwaayah wa as-Samaaâ -al-Qaadhi Iâ yaadh
1. al-Muhdis al-Faasil bayna ar-Raawi wal al-waâyii - al-Qadhi Abu Muhammad al-Waamahramzi
2. al-Kifaayah fii iâ lmi il-Riwaayah -al-Khatiib al-Baghdaadi
3. al-Ilmaaâ fii Usuul il-Riwaayah wa as-Samaaâ -al-Qaadhi Iâ yaadh
q
Buku-buku yang dihasilkan pada zaman ini boleh
dianggap sebagai sumber utama ( al-Masaadir al-Asliyyah) dalam ilmu ini. Antara
ulamak yang memainkan peranan utama pada zaman ini ialah al-Khatiib
al-Baghdaadi dan al-Haakim an-Niisaabuuri.
PERINGKAT KELIMA: PERINGKAT KEMATANGAN
q
Bermula dari kurun ketujuh hingga kurun kesepuluh.
Pada waktu ini setiap cabang ilmu hadis telah siap dibukukan.
q
Antara ulama
yang mengepalai perkembangan pada masa ini ialah Ibnu Solaah yang telah
mengarang kitabnya yang masyhur "uluum ul-Hadiis" Buku ini adalah
yang terbaik kerana mempunyai ciri-ciri :
I. Mempunyai Istinbat yang mendalam tentang pendapat ulama dan kaedah-kaedah mereka
ii. menyusun takrif-takrif dan istilah ilmu hadis berdasarkan kepada pandangan ulama terdahulu.
iii. Menyelidiki sendiri pandangan ulama terdahulu.
Kitab Ibnu Solaah ini menjadi panduan kepada mereka yang datang selepasnya dan ada yang meringkas semula kitab tersebut dan ada juga yang mensyarah semula dalam bentuk yang lebih terperinci.
I. Mempunyai Istinbat yang mendalam tentang pendapat ulama dan kaedah-kaedah mereka
ii. menyusun takrif-takrif dan istilah ilmu hadis berdasarkan kepada pandangan ulama terdahulu.
iii. Menyelidiki sendiri pandangan ulama terdahulu.
Kitab Ibnu Solaah ini menjadi panduan kepada mereka yang datang selepasnya dan ada yang meringkas semula kitab tersebut dan ada juga yang mensyarah semula dalam bentuk yang lebih terperinci.
q
Antara kitab yang dihasilkan pada masa itu selain
daripada kitab " uluum ul-Hadiis" ialah :
1. al-Irsyaad oleh Imam Nawawi
2. al-Tabjirah wa at-Tazkirah oleh Haafiz ul-Iraaqi
1. al-Irsyaad oleh Imam Nawawi
2. al-Tabjirah wa at-Tazkirah oleh Haafiz ul-Iraaqi
PERINGKAT KEENAM: PERINGKAT TERBANTUTNYA ILMU HADIS
q
Bermula dari kurun ke sepuluh hingga ke awal kurun ke
dua puluh. Pada waktu ini telah terhentinya zaman perkembangan ilmu hadis di
mana ilmu hadis telah sempurna sebagaimana diperingkat yang sebelumnya.
q
Begitu juga kita lihat, pada waktu ini telah terhenti
ijtihad dalam aspek keilmuan memandangkan kepada kurangnya ulama yang berwibawa
serta tersebarnya fitnah akhir zaman.
q
Manusia pada waktu itu hanya mengikut apa yang telah
dihasilkan oleh ulama terdahulu. Pada waktu ini ulama hadis hanya meringkaskan
dalam bentuk baru kitab-kitab lama supaya ianya mudah difahami samaada dalam
bentuk Syair ataupun al-Manzuumah (prosa) " al-Manzuumah
al-Baiquuniyyah".
PERINGKAT KETUJUH: PERINGKAT KEMBALI
q
Bermula dari awal kurun ke dua puluh hingga sekarang.
Pada masa ini, ulama mula menyedari bahaya yang dihadapi oleh Sunnah yang mana
terdedah kepada ancaman orientalis yang cuba sedaya upaya untuk mengelirukan
mata masyarakat tentang Sunnah Nabawiyyah.
q
Oleh itu ulama telah bangkit dengan penulisan serta
buku-buku untuk menangkis semula pemikiran-pemikiran yang merbahaya tentang
Sunnah. Antara kitab-kitab yang dihasilkan ialah:
I. Qawaai’du ut-Tahdiith oleh Syeikh Jamaluddin al-Qaasimi
II. al-Hadiith wa al-Muhaddithuun oleh Syikh al-Duktuur Muhammad Abu Zahrah.
III. Lain-lain
I. Qawaai’du ut-Tahdiith oleh Syeikh Jamaluddin al-Qaasimi
II. al-Hadiith wa al-Muhaddithuun oleh Syikh al-Duktuur Muhammad Abu Zahrah.
III. Lain-lain
q
Begitulah turutan perkembangan ilmu hadis dari zaman
Rasulullah sehinggalah ke zaman kita sekarang.
q
Kita bersyukur kepada Allah kerana hadith-hadith Rasul
telah dijaga oleh ulama dengan penjagaan yang begitu rapi sehingga
hadith-hadith dapat sampai kepada kita pada hari ini.
q
Semoga usaha-usaha yang dijalankan oleh mereka
mendapat tempat di sisi Allah swt. Kita sebagai generasi yang telah jauh
daripada suasana ilmu yang di tunjukkan oleh salafus us-Sooleh seharusnya
berusaha untuk mendekatkan diri dengan Sunnah dan beramal dengannya.
PENJELASAN
ISTILAH:
PENGERTIAN
AL-SUNNAH :
Pengertian al-
sunnah dari segi bahasa adalah perjalanan, haluan, peraturan, gaya dan tingkah
laku dalam kehidupan . sebagaimana firman Allah SWT :
@è%
z`ƒÏ%©#Ïj9 (#ÿrãxÿŸ2 bÎ) (#qßgtG^tƒ öxÿøóムOßgs9 $¨B ô‰s% y#n=y™ bÎ)ur (#rߊqãètƒ ô‰s)sù ôMŸÒtB àM¨Yß™ šúüÏ9¨rF{$# ÇÌÑÈ
38.
Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang Yang kafir itu, jika mereka berhenti
(dari kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka Yang telah lalu, dan
jika mereka kembali lagi (ingkar maka Kami akan menyeksa mereka), kerana
Sesungguhnya telah berlakulah kebinasaan orang-orang (yang kufur ingkar) dahulu
kala.
Surah al-anfaal ;38
Pengertian al-Sunnah dari segi
istilah adalah sama dengan pengertian al-Hadis iaitu perkataan, percakapan,
perbuatan, taqrir (pengakuan) dan sifat yang disandarkan kepada Nabi Muhammad
SAW.
Contoh hadis
dari segi perkataan ialah :
Contoh hadis
lain dari segi perbuatan adalah :
الخبر
Pada
dasarnya, al Khabar dan al Athar diterima oleh jumhur ulama hadis sebagai
membawa maksud yang sama dengan hadis. Namun begitu ada yang membuat sedikit
perbezaan dari sudut istilah terhadap kedua-dua perkataan ini:
AL KHABAR DARI SEGI BAHASA:
- Sesuatu berita yang disampaikan
daripada seseorang kepada seorang yang lain
AL KHABAR DARI SEGI ISTILAH:
Ia dapat dibahagikan kepada beberapa pendapat antaranya
ialah sebagaimana berikut iaitu:
PENDAPAT PERTAMA:
Al khabar ialah
berita yang bersumberkan daripada Rasulullah SAW atau sahabat r.a atau tabi’in (membawa makna al khabar itu
meliputi hadis marfu’,hadis mawquf dan hadis maqtu’)
• Lebih umum daripada as sunnah dan al
hadis
• Merangkumi apa sahaja yang
diriwayatkan dari rasulullah saw atau selain daripada baginda SAW
الأثر:
AL ATHAR DARI SEGI BAHASA:
• Kesan atau bekas daripada sesuatu
AL ATHAR DARI SEGI ISTILAH:
PENDAPAT
PERTAMA:
• Al athar membawa maksud sama dengan
al hadis
PENDAPAT KEDUA:
• Menurut Imam Nawawi-al athar ialah
hadis mauquf (sesuatu yang diriwayatkan daripada sahabat)
PENDAPAT
KETIGA:
• Menurut ahli hadis - Al athar khusus
untuk kata-kata tabi’in sahaja.
PERSAMAAN DAN
PERBEZAAN AL KHABAR DAN AL ATHAR
PERSAMAAN AL
KHABAR DAN AL ATHAR
|
||
Majoriti ahli hadis
bersetuju al khabar dan al athar adalah sama maknanya dengan al hadis
|
||
PERBEZAAN AL KHABAR DAN AL ATHAR
|
||
AL KHABAR
|
PENDAPAT
|
AL ATHAR
|
Makna
al Khabar lebih umum dan merangkumi al Athar
|
ULAMA HADIS
|
Makna
al Athar tidak merangkumi al khabar
|
Sama
makna Al Khabar dengan hadis
|
ULAMA HADIS DI KHURASAN
|
Al
Athar hanya terhad hanya untuk kata-kata sahabat serta keputusan yang
dilakukan oleh mereka
|
Digunakan
kepada apa yang datang daripada Nabi SAW.Justeru, makna al Khabar lebih
khusus daripada al athar
|
PENDAPAT AHLI HADIS
|
Al
Athar ialah apa yang dinisbahkan kepada nabi SAW(lebih umum daripada al
khabar )
|
Sebagai rumusannya, walaupun pada
zahirnya antara pengertian Al Khabar dan Al Athar ada perbezaannya,tetapi hanya
yang berbeza ialah dari segi lafaz dan takrifnya sahaja.
Pada hakikatnya semua itu tiada
perbezaan dan disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW. Seandainya al Athar itu
adalah kata atau keputusan para sahabat, tetapi mereka tidak mengatakan sesuatu
mengikut nafsu semata-mata melainkan semuanya disandarkan kepada Nabi Muhammad
SAW.
PERBEZAAN
ANTARA HADIS NABAWI DAN HADIS QUDSI
PERBEZAAN
|
HADIS NABAWI
|
HADIS QUDSI
|
Pengertian
|
Hadis Nabawi mengikut istilah ulama ialah
segala yang disandarkan kepada Nabi baik berupa perkataa, perbuatan, sifat
tubuh badan/ kelakuan, ketetapan dan perjalanan hidup Rasulullah s.aw.
|
Hadis Qudsi ialah percakapan Allah s.w.t
yang diriwayatkan oleh Rasulullah.
Ini bermaksud, Rasulullah bertindak
memindahkan firman Allah s.w.t dengan bahasa baginda tersendiri.
|
Isnad / sanad
|
Hadis Nabawi secara langsungnya dinisbahkan
kepada Nabi sebagai orang yang bersabda.
|
Hadis Qudsi hanyalah dinisbahkan kepada
Rasulullah s.a.w sebagai pencerita dan ia dinisbahkan kepada Allh s.w.t
sebagai yang berfirman.
|
Makna
|
Hadis Nabawi sebahagian besar daripadanya
merupakan wahyu dan sebahagian besar yang lain merupakan ijtihad daripada
Baginda Rasulullah s.a.w sendiri.Sekiranya terdapat mana-mana ijtihad Baginda
tidak tepat,/ tersalah, akan diperbetulkan oleh wahyu.
|
Hadis Qudsi merupakan sebahagian daripada
wahyu Allah s.w.t
|
Isi
|
Hadis Nabawi membicarakan perkara-perkara
yang bersangkutan : Keperluan hidup manusia, kepentingan manusia dan negara,
menerangkan hukum halal haram serta perkhabaran baik dan buruk yang akan
diterima oleh manusia yang melakukan kebajikan dan maksiat.
|
Hadis Qudsi membicarakan hal-hal yang
berkaitan : Zat Allah, sifat-sifat –Nya, kebesaran-Nya, luas rahmat beserta
nikmat-Nya dan kekuasaan-Nya.
|
KEDUDUKAN DAN KEHUJAHAN HADIS QUDSI
Mengenai kedudukan Hadis Qudsi sama ada ia sebagai kalam Allah
semata-mata atau ianya sabda Nabi yang maan membawa kepada kedudukannya yang
istimewa seperti al-Quran atau tidak, ulama berselisih pendapat,iaitu:
- Ianya adalah
kalam Allah sendiri berdasarkan beberapa hujah, iaitu:
Ø Nabi s.aw. telah
menyatakan secara khusus dan jelas bahawa ianya menunjukkan kalam Allah
berbanding hadis-hadis Baginda yang lain.
Ø Penggunaan kata ganti
nama pertama Allah nisbahkan kepada Zat-Nya menunjukkan bukan gaya percakapan
Rasulullah. Contohnya:
( عبادي ان حرمت الظلم
على نفسي)
Ø Perawinya Nabi sendiri
terhadap lafaz Hadis Qudsi itu menunjukkan perbezaan lafaz dengan hadis-hadis
Baginda yang lain. Contohnya:
(قال رسول الله فيما
يرويه عن ربه)
Namun begitu, walaupun ianya merupakan
kalam Allah yang diriwayatkan Rasulullah, kedudukannya tidak menyamai al-Quran
yang dipindahkan secara Mutawatir dan beberapa ciri dan peraturan yang wajar
dipatuhi.
Hadis Qudsi tidak menduduki tempat yang
sama dengan al-Quran. Ini kerana ia diriwayatkan melalui jalan Ahad yang
bersifat zann. Ia hanya merupakan anugerah dan rahmat Allah ke atas hambanya.
Hadis Qudsi tidak tertakluk kepada metodologi
hadis untuk menentukan kedudukanya sebagaimana yang telah digariskan. Ulama
hadis meletakkan dan mencampuradukkanya
bersama hadis-hadis yang lain di dalam karangan mereka. Mereka sepakat
mengatakan ianya bukan bersifat mukjizat dan tidak dikira ibadat bagi mereka
yang membacanya tidak seperti al-Quran.
Pendapat kedua pula mengatakan ianya
adalah sabda Nabi sendiri seperti hadis-hadis Baginda yang lain. Menurut Abu
al-Baqa’ dan al-Tibbiy ketika menjelaskan perbezaanya dengan al-Quran menyatakan
bahawa lafaz Hadis Qudsi adalah daripada Rasulullah dan maknanya daripada Allah
s.a.w. melalui ilham atau semasa tidur. Tujuan Nabi s.a.w. menyandarkannya
kepada Allah ialah untuk menambahkan perhatian dan ambil berat umatnya dengan
kandungan adan adab-adab terhadap hadis tersebut.
Peranan ilmu hadis.
Rasulullah Shallallahualaihi
wasallam pernah bersabda dalam satu Hadis Mutawatir yang bermaksud,
"Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka tempatnya dalam neraka. "
(H.R Bukhari, Muslim, Ad Darimi, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmizi,. Abu Ha'nifah, Tabrani, dan Hakim).
"Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka tempatnya dalam neraka. "
(H.R Bukhari, Muslim, Ad Darimi, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmizi,. Abu Ha'nifah, Tabrani, dan Hakim).
KEPENTINGAN ILMU HADIS
Ilmu hadis
merupakan salah satu ilmu syariat yang wajib dipelajari. Semua hukum- hukum
syarak berpandukan hadis. Sesiapa yang tidak mempelajari ilmu hadis, dia akan
terjerumus dalam kesilapan. Antara kepentingannya:
1. Bagi
ulama-ulama tafsir, mereka mampu mentafsirkan ayat-ayat al-Quran berpandukan
hadis. Apa yang jelas daripada al-Quran, umat Islam wajib beramal terus tanpa
sebarang takwil. Apa yang kurang jelas, para ulama hadis akan berusaha keras
mencari hadis untuk
mentafsirkannya.
2. Bukti
seorang yang fakih (mendalam) ilmu pengetahuan agamanya dalam bidang
fikah, ialah orang yang paling banyak menghafaz hadis dan memahami
selok belok ilmu hadis seperti naskah dan mansukh, jarh dan ta'dil, sahih, daif
atau palsu sesebuah hadis.
3. Bagi
ulama usul pula, mereka mampu mencipta kaedah-kaedah usul bagi menetapkan
sesuatu hukum. Timbullah bermacam kaedah seperti semua benda yang memabukkan
haram, sesuatu yang boleh menyebabkan kebinasaan haram dan banyak lagi.
Kaedah-kaedah inilah yang menjadi asas dalam pelabagai masalah agama.
4. Dengan
mengagungkan hadis daif (lemah) atau palsu menyebabkan umat Islam jauh terpesong
dari landaan syarak sebenar. Dengan mempelajari ilmu hadis, akal yang waras
akan menolak sebarang pemalsuan dan fakta daif yang tidak boleh dijadikan
sandaran hukum.
5. Golongan
yang mempelajari ilmu hadis sama sekali tidak akan memperkatakan tentang
hukum-hakam syarak tanpa ilmu pengetahuan yang sahih. Apa yang tidak sampai
kepada mereka, mereka berdiam diri. Mereka sanggup meninggalkan amalan yang
bercanggah dengan hadis sahih setelah menemuinya. Malah, mereka sanggup
membatalkan segala pendapat mereka sama ada ketika hidup atau selepas mati jika
menyanggahi hadis sahih.
TOKOH-TOKOH HADIS DI ZAMAN SAHABAT
DAN TABIIN.
ZAMAN SAHABAT.
IMAM BUKHARI :
-Tokoh Islam, penghimpun dan penyusun hadith yang
terbanyak, dan yang lebih terkenal.
Adapun urutan pertama yang paling terkenal diantara enam tokoh tersebut
di atas adalah Amirul-Mu'minin fil-Hadith (pemimpin orang mukmin dalam hadith),
suatu gelaran ahli hadith tertinggi. Nama lengkapnya adalah Abu Abdullah
Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Bardizbah. Abu Abdullah
Muhammad ibn Ismail, terkenal sebagai Imam Bukhari, lahir di Bukhara pada 13
Syawal 194 H (21 Julai 810 M), cucu seorang Parsi bernama Bardizbah. Abangnya,
Bardizbah, adalah pemeluk Majusi, agama kaumnya. Kemudian puteranya, al-Mughirah,
memeluk Islam di bawah bimbingan al-Yaman al Ja'fi, gubernur Bukhara. Pada masa
itu Wala dinisbahkan kepadanya. Kerana itulah ia dikatakan "al-Mughirah
al-Jafi."
—
Keunggulan dan kehebatan Bukhari sudah nampak semenjak
masih kecil. Allah menganugerahkan kepadanya hati yang cerdas, fikiran yang
tajam dan daya hafalan yang sangat kuat, teristimewa dalam menghafal hadith.
—
Ketika berusia 10 tahun, ia sudah banyak menghafal
hadith. Pada usia 16 tahun ia bersama ibu dan abang sulungnya mengunjungi berbagai
kota suci.
—
Kemudian ia banyak menemui para ulama dan tokoh-tokoh
negerinya untuk memperoleh dan belajar hadith, bertukar fikiran dan berbincang
dengan mereka.
—
Dalam usia 16 tahun, ia sudah hafal kitab sunan Ibn
Mubarak dan Waki, juga mengetahui pendapat-pendapat ahli ra'yi (penganut faham
rasional), dasar-dasar dan mazhabnya.
Guru-gurunya
—
Pengembaraannya ke berbagai negeri telah mempertemukan
Imam Bukhari dengan guru-guru yang ramai dan dapat dipercaya, yang mencapai
jumlah sangat banyak.
—
Diceritakan
bahawa dia menyatakan: "Aku menulis hadith yang diterima dari 1080 orang
guru, yang semuanya adalah ahli hadith dan berpendirian bahawa iman adalah
ucapan dan perbuatan." Di antara guru-guru besar itu adalah Ali ibn
al-Madini, Ahmad ibn Hanbal, Yahya ibn Ma'in, Muhammad ibn Yusuf al-Faryabi,
Maki ibn Ibrahim al-Bakhi, Muhammad ibn Yusuf al-Baykandi dan Ibn Rahawaih.
Guru-guru yang hadithnya diriwayatkan dalam kitab Shahih-nya sebanyak 289 orang
guru.
Karya-karya Imam Bukhari
Di antara hasil karya Imam Bukhari adalah sebagai berikut :
Di antara hasil karya Imam Bukhari adalah sebagai berikut :
·
(Shahih Bukhari)
·
At-Tarikh
al-Awsat.
·
At-Tarikh
al-Kabir.
·
Al-Musnad al-Kabir
Kewafatannya
—
Beliau wafat pada malam Idul Fitri tahun 256 H. (31
Ogos 870 M), dalam usia 62 tahun kurang 13 hari.
—
Sebelum meninggal dunia, ia berpesan bahawa jika
meninggal nanti jenazahnya agar dikafani tiga helai kain, tanpa baju dalam dan
tidak memakai sorban.
—
Pesan itu dilaksanakan dengan baik oleh masyarakat
setempat. Jenazahnya dikebumikan lepas dzuhur, hari raya Idul Fitri, sesudah ia
melewati perjalanan hidup panjang yang penuh dengan berbagai amal yang mulia.
IMAM MUSLIM :
- Nama lengkap beliau ialah Imam Abdul Husain bin
al-Hajjaj bin Muslim bin Kausyaz al-Qusyairi an-Naisaburi. Beliau dilahirkan di
Naisabur tahun 206 H. Sebagaimana dikatakan oleh al-Hakim Abu Abdullah dalam
kitabnya "Ulama'ul Amsar. Imam Muslim adalah penulis kitab syahih dan
kitab ilmu hadits. Beliau adalah ulama terkemuka yang namanya tetap dikenal
sampai kini. Di Khurasan, beliau berguru kepada Yahya bin Yahya dan Ishak bin
Rahawaih. Di Ray, beliau berguru kepada Muhammad bin Mahran dan Abu Ansan. Di
Irak, beliau belajar kepada Ahmad bin Hanbal dan Abdullah bin Maslamah. Di
Hijaz, berguru kepada Sa'id bin Mansur dan Abu Mas'ab. Di Mesir, belajar kepada
'Amar bin Sawad dan Harmalah bin Yahya dan berguru kepada ulama hadits lainnya.
Para Gurunya
—
Imam Muslim mempunyai guru hadits sangat banyak
sekali, diantaranya adalah: Usman bin Abi Syaibah, Abu Bakar bin Syaibah,
Syaiban bin Farukh, Abu Kamil al-Juri, Zuhair bin Harab, 'Amar an-Naqid,
Muhammad bin Musanna, Muhammad bin Yasar, Harun bin Sa'id al-Aili, Qutaibah bin
sa'id dan lain sebagainya.
—
Imam Muslim pun tak segan-segan bertanya kepada banyak
ulama di berbagai tempat dan negara.
—
Berpetualang menjadi aktivitas rutin bagi dirinya
untuk mencari silsilah dan urutan yang benar sebuah hadits.
—
Beliau, misalnya pergi ke Hijaz, Irak, Syam, Mesir dan
negara-negara lainnya. Dalam lawatannya itu, Imam Muslim banyak bertemu dan
mengunjungi ulama-ulama kenamaan untuk berguru hadits kepada mereka.
—
Di Khurasan, beliau berguru kepada Yahya bin Yahya dan
Ishak bin Rahawaih; di Ray beliau berguru kepada Muhammad bin Mahran dan Abu
'Ansan.
—
Di Irak beliau belajar hadits kepada Ahmad bin Hanbal
dan Abdullah bin Maslamah
Kitab tulisan Imam Muslim
Imam muslim mempunyai kitab hasil tulisannya yang jumlahnya cukup banyak.
Kitabnya yang paling terkenal sampai kini ialah Al-Jamius Syahih atau Syahih Muslim.
Imam muslim mempunyai kitab hasil tulisannya yang jumlahnya cukup banyak.
Kitabnya yang paling terkenal sampai kini ialah Al-Jamius Syahih atau Syahih Muslim.
Wafatnya
—
Setelah mengarungi kehidupan yang penuh berkah, Muslim
wafat pada hari Ahad di waktu petang, dan di makamkan di kampung Nasr Abad
daerah Naisabur pada hari Senin, 25 Rajab 261 H. dalam usia 55 tahun.
—
Selama hidupnya, Muslim menulis beberapa kitab yang
sangat bermanfaat.
PANDANGAN ORIENTALIS TERHADAP HADIS.
Ada tiga hal yang sering dikemukakan
orientalis dalam penelitian mereka terhadap al Hadits, yaitu tentang para
perawi hadits, kepribadian Nabi Muhammad SAW, metode pengklasifikasian hadits.
- Aspek perawi hadits.
Para orientalis sering
mempertanyakan tentang para perawi yang banyak meriwayatkan hadits dari
rasulullah. seperti yang kita ketahui bersama para sahabat yang terkenal
sebagai perawi bukanlah para sahabat yang yang banyak menghabiskan waktunya
bersama rasullah seperti Abu bakar, Umar, Usman dan Ali. Namun yang banyak
meriwayatkan hadits adalah sahabat-sahabat junior dalam artian karena mereka
adalah orang “baru” dalam kehidupan rasulullah. Dalam daftar sahabat yang
banyak meriwayatkan hadits tempat teratas diduduki oleh sahabat yang hanya
paling lama 10 tahun berkumpul dengan Nabi, seperti Abu hurairah, Sayyidah
Aisyah, Anas bin malik, Abdullah ibn Umar dll. Abu hurairah selama masa 3 tahun
dia berkumpul dengan Nabi telah berhasil meriwayatkan lebih dari 5800 hadits,
Sayyidah Aisyah mengumpulkan lebih dari 3000 hadits dan demikian juga dengan
Abdullah ibn Umar, Anas. Suatu jumlah yang fantastis yang sangat jauh dengan
jumlah hadits yang diriwayatkan oleh para khulafaur rasyidin yang kalau
digabung bahkan tak mencapai 3500 hadits.
Kritikan para orientalis banyak
ditujukan kepada Abu hurairah dan Sayyidah Aisyah, dua sahabat periwayat hadits
paling banyak. Abu hurairah dikecam karena pertentangannya dengan para sahabat
mengenai kesalahannya dalam periwayatan hadits, seperti yang diutarakan oleh
Abu bakar :
Kalau saja saya mau, saya bisa
menceritakan semua hal yang pernah saya ketahui bersumber dari rasulullah dan
berita dari sahabat yang lain tentang diri beliau, mungkin ini akan
menghabiskan waktu berhari-hari, namun saya takut apa-apa yang saya sampaikan
nantinya tidak sesuai dengan apa yang sebenarnya terjadi, tapi entah kenapa
orang itu (Abu hurairah) tiada berhenti bercerita tentang nabi seakan-akan dia
mengetahui segala hal tentang Nabi.
Riwayat lain juga menyebutkan
komentar Sayyidina Umar ibn khatab tentang Abu hurairah, pembohong terbesar
diantara perawi hadits adalah Abu hurairah dan aku akan memenjarakannya bila
dia tidak berhenti meriwayatkan hadits.
Kritikan tidak kalah tajamnya juga
diterima oleh Sayyidah Aisyah, pertempurannya dengan Sayyidina Ali dalam perang
jamal, adalah sebuah bukti nyata bagi umat islam untuk mempertanyakan sifat
adil adalah yang dimiliki beliau, karena bagaimana mungkin seseorang yang
melakukan tindakan bughat terhadap khalifah yang terpilih secara sah masih bisa
disebut dengan adil, dan kalau sudah tidak adil apakah hadits-haditsnya masih
layak pakai.
- Aspek kepribadian Nabi Muhammad SAW.
Tidak cukup dengan menyerang para
perawi hadits, kepribadian Nabi Muhammad juga perlu dipertanyakan.mereka
membagi status nabi menjadi tiga sebagai rasul, kepala negara, dan pribadi
biasa sebagaimana orang kebanyakan. Bahwa selama ini hadits dikenal sebagai
segala sesuatu yang dinisbatkan kepada Nabi Muhammad baik perbuatan, perkataan
dan ketetapan beliau juga perlu direkontruksi ulang. Sesuatu yang berdasarkan
dari Nabi baru disebut hadits jika sesuatu tersebut berkaitan dengan hal-hal
praktis keagamaan, karena jika tidak hal itu tidak layak untuk disebut dengan
hadits, karena bisa saja hal itu hanya timbul dari status lain seorang
Muhammad.
- Aspek pengklasifikasian hadis.
Sejarah penulisan hadits juga tidak
lepas dari kritikan mereka. Penulisan hadits yang baru dilakukan beberapa
dekade setelah Nabi Muhammad wafat juga perlu mendapat perhatian khusus. Hal
itu, lanjut mereka, membuka peluang terhadap kesalahan dalam penyampaian hadits
secara verbal, sebagaimana yang dikatakan oleh Montgomery watt, salah seorang
orientalis ternama saat ini
Semua perkataan dan perbuatan
Muhammad tidak pernah terdokumentasikan dalam bentuk tulisan semasa Ia hidup
atau sepeninggalnya. Pastinya hal tersebut disampaikan secara lisan ke lisan,
setidak-tidaknya pada awal mulanya. Hal itu diakui ataupun tidak sedikit banyak
akan mengakibatkan distorsi makna, seperti halnya dalam permainan
telpon-telponan anak kecil.
info berguna, saya mohon izin untuk rujukan mengajar =)
ReplyDeleteterima kasihh
ReplyDeleteTerima kasih..infonya.
ReplyDeleteLucky Club Casino Site » Online Slots » Listing Of Casino Sites
ReplyDeleteLooking for a Lucky Club online luckyclub casino site? Check out our list of trusted sites to get started with ⭐ Top casino sites and games at Lucky Club Casino in 2021.
tq bang...
ReplyDelete