Tuesday 5 November 2013

NOTA SIRAH (KHULAFA' AL-RASYIDIN DAN KEPIMPINANNYA)

KHULAFA’ AL-RASYIDIN DAN KEPIMPINANNYA :

Khalifah Abu Bakar                
Khalifah Abu Bakar merupakan khalifah yang pertama dari tahun 632-634. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah), tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah.  Namun, beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan arab Bakar bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan) kerana sentiasa membenarkan setiap perkataan Rasulullah SAW.
Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah.  Ahli sejarah menggelar beliau sebagai Penyelamat Umat Islam kerana memainkan peranan penting bagi menghapuskan golongan Riddah serta golongan yang enggan membayar zakat. Khalifah Abu Bakar merupakan seorang yang berwibawa sehinggakan  dilantik menjadi pengganti kepada Rasulullah serta pemimpin Kota Mekah setelah Baginda wafat.
Beliau sangat berpengalaman dalam bidang pentadbiran.  Sifat peribadi Khalifah Abu Bakar yang pertama ialah setia.  Buktinya, Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat  yang paling rapat.  Semasa Nabi Muhammad SAW berhijrah  dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah SAW tanpa ditemani oleh orang lain.
  Seterusnya, khalifah Abu Bakar adalah seorang yang sentiasa membenarkan percakapan Rasulullah.  Hal ini dapat dilihat ketika peristiwa Isra’ dan Mi’raj.  Abu Bakar merupakan orang pertama yang membenarkan perkataan Rasulullah. Kebanyakan penduduk Mekah yang lain menganggap Rasulullah seorang yang gila dan penipu kerana pada sangkaan mereka perkara itu adalah sesuatu yang mustahil. 
      Sifat yang ketiga ialah berpandangan jauh.  Buktinya, selepas siri Peperangan Islam-Riddah dan Peperangan Yamamah, ramai orang yang mahir menghafaz al-Quran terbunuh.  Saidina Umar Al-Khatab (khalifah yang berikutnya) meminta Saidina Abu Bakar untuk mula menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat al-Quran.   Pada mulanya Saidina Abu Bakar enggan kerana perkara tersebut tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah.  Namun, setelah berfikir tentang kemungkinan pupusnya al-Quran, akhirnya Saidina Abu Bakar pun bersetuju.
SUMBANGAN PENTADBIRAN:
1)    Berjaya mengatasi masalah perpecahan masyarakat Islam . Berpunca daripada:
®    Orang islam yang murtad dan gerakan golongan al Riddah yang menyalahtafsirkan ayat al Quran sehingga tidak mahu bayar zakat.
2)    Mempertahan Madinah daripada ancaman kuasa luar spt Parsi, Rom Timur, Menghantar Khalid Al Walid tentang Pars di Iraq, Usamah bin Zaid ke Ghassan.
3)      Melicinkan pentadbiran dengan pembahaian 10 wilayah spt:
®    Makkah
®    Taif
®     Yaman
®    Bahrin
®    Nijran
SUMBANGAN PENDIDIKAN:
 Mengumpulkan kitab al Quran – arahkan Zaid bin Thabit. Sebab kumpul:
a.      Ramai hafiz al quran gurgur shahid semasa gerakan ar riddah.
   i.      Sebelumnya ayat al quran disalin dalam bentuk:
®    ii.      batu
®    iii.      kulit binatang
®    iv.      kayu dan tulang
b.     Disimpan oleh Khalifah Umar, Hafsah ( Isteri Nabi saw.) dan Uthman bin Affan

 SUMBANGAN EKONOMI:

  1. Khalifah Abu Bakar telah memperkenal undang-undang tanah.
  1. Beliau memperkenal bayaran gaji untuk tentera melalui hasil harta rampasan perang, undang-undang tanah, dan hak rakyat terutama berkaitan dengan golongan mawali.

SUMBANGAN KETENTERAAN:

  1. Pemerintahan Khalifah Abu Bakar turut memperlihatkan keupayaan beliau mempertahan Madinah daripada ancaman kuasa luar, iaitu Kerajaan Parsi di sebelah timur dan kerajaan Rom Timur (Byzantine) di sebelah barat.  Contohnya, beliau telah menghantar panglima perang, iaitu Khalid bin al-Walid menentang angkatan tentera Parsi di Iraq dan Usamah bin Zaid ke Ghassan.  Kedua-dua ekspedisi ini telah berjaya mengalahkan musuh islam.


Khalifah Umar
            Setelah Khalifah Abu Bakar wafat, tempat beliau telah digantikan oleh Khalifah Umar.  Nama penuh beliau adalah Umar bin al-Khattab bin Naufal bin Abdul Uzza.  Beliau menerima gelaran al-Faruq iaitu pemisah antara Haq dan Batil. Berketurunan Bani Adi dan berbangsa Quraisy.  Dilahirkan pada 584M iaitu 13 tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad.  Memeluk Islam ketika berusia 33 tahun. Khalifah kedua daripada Khulafak ar-Rasyidin bermula pada 634M/13H.  memerintah selama 10 tahun 6 bulan dan wafat pada 644M bersamaan 23H pada usia 63 tahun kerana dibunuh oleh hamba Majusi yang berbangsa Parsi bernama Fairuz atau Abu Lukluah.
      Sifat peribadi Khalifah Umar yang pertama ialah berani.  Semasa belum memeluk Islam, beliau merupakan duta bagi kaumnya terutama untuk mengadakan perundingan antara kabilah yang bermusuhan.  Beliau juga dengan beraninya mengisytiharkan pengislamannya secara terang-terangan di khalayak umum dan mencabar Musyrikin Quraisy supaya menghalangnya daripada berhijrah ke Madinah.  Saidina Umar juga bersolat secara terang-terangan di Masjidilharam tanpa ada yang berani mengganggunya sekalipun untuk menghalangnya daripada menzahirkan kepatuhannya terhadap suruhan Allah.  Tidak cukup dengan itu, Saidina Umar ada memberi cadangan supaya Islam disebarkan secara terang-terangan agar lebih mudah untuk disampaikan kepada orang ramai.
      Sifat kedua Saidina Umar ialah  berfikiran terbuka.  Buktinya, beliau menerima pendapat seorang wanita tentang mas kahwin dan menerima pendapat Saidina Abu Bakar tentang pembebasan tawanan perang Badar.
      Selain itu, sifat adil dan tegas juga selalu dipraktikkan oleh Saidina Umar.  Beliau menjatuhkan hukuman mati anaknya sendiri yang telah melakukan kesalahan serta menjatuhkan hukuman ke atas anak seorang Pesuruhjaya Mesir yang menzalimi pemuda berbangsa Qibti.

SUMBANGAN PENTADBIRAN:

1)    Dianggap zaman keemasan Kerajaan Islam Madinah kerana banyak perubahan & pembaharuan dilakukan.
2)    Pembaharuan politik – Mengamalkan dasar pentadbiran dan melantik pegawai, menubuhkan majlis syura ( dianggotai wakil muhajirin dan Ansar ), membahagikan jajahan Islam kepada wilayah dan melantik wali ( gabenor).
3)    Penubuhan jabatan – Jabatan tentera, polis, percukaian, perbendaharaan. Setiap jabatan diketuai oleh katib ( setiausaha).
4)    Jabatan Kehakiman – dilantik hakim bergaji bulanan (500 dirham) dan diasingkan bagi mengelakkan salah laku.

SUMBANGAN PENDIDIKAN:
  1. Sosial – pendidikan al – Quran di Masjid, menghantar guru agama ke wilayah  (Abu Sufyan- dihantar ke Badwi).
SUMBANGAN EKONOMI:

1.    Khalifah Umar telah membina terusan dan tali air untuk menambahkan lagi hasil pertanian seperti Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 kilometer di Mesir.

2.    Rakyat telah meneroka tanah baru untuk pertanian di samping mengusahakan tanah terbiar.

3.    Khalifah Umar telah memperkenal pelbagai jenis cukai.
®    Cukai jizyah dikenakan terhadap golongan zimmi
®    Cukai kharaj dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah.  Tanaman barli dikenakan kharaj sebanyak satu dirham, gandum dikenakan cukai sebanyak dua dirham, manakala anggur dikenakan 10 dirham.
4.    Baitulmal didirikan bagi mengawal aliran masuk pendapatan negara  

SUMBANGAN KETENTERAAN:

1.    Tentera – membentuk tentera tetap dan sukarela, bergaji, berpakaian seragam, markas tentera dibina seperti di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.

Khalifah Uthman
      Nama penuh Khalifah Uthman ialah Uthman bin Affan bin Abil As bin Umaiyah.  Khalifah Uthman dikenali dengan gelaran Zunnurain yang bermaksud dua cahaya kerana menikahi dua puteri Rasulullah iaitu Ruqaiah dan Ummi Kalthum.  Khalifah Uthman merupakan pemerintah antara tahun 644-656M.  Beliau berketurunan Bani Umaiyah Khalifah Uthman merupakan seorang yang dermawan semasa hayatnya. Beliau telah memberikan 950 ekor unta dan 1 ribu dinar untuk  Perang Tabuk.
      Selain itu, beliau juga seorang yang berpandangan jauh.  Mencadangkan supaya dibuat satu naskhah rasmi al- Quran iaitu Rasm Uthmani kerana bimbang al-Quran akan perbezaan bacaan akan membuatkan ramai umat Islam berpecah-belah.       Terakhir, Khalifah Uthman seorang yang tidak sombong.  Buktinya, beliau hidup mewah tetapi beliau dermawan.  Ini menunjukkan bahawa beliau tidak tunduk kepada nafsu, tetapi menjadi tuan kepada hartanya apabila dia dapat mengawal pengaliran hartanya daripada perkara-perkara yang tidak sepatutnya..   

SUMBANGAN EKONOMI:

  1. mengukuhkan peranan baitulmal dengan menggunakannya untuk membiayai pembangunan negara serta membeli senjata dan kapal  untuk kelengkapan tentera laut islam.
  2. Jizyah yang dikenakan kepada penduduk bukan islam dikekalkan dan merupakan antara sumber pendapatan baitulmal
SUMBANGAN KETENTERAAN:

  1. mengukuhkan pertahanan negara dengan membina angkatan  tentera laut  Islam yang dianggap  sebagai yang pertama dalam sejarah pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin.
SUMBANGAN KEMASYARAKATAN:
1)    Mengisyitiharkan naskah al-Quran Mushaf Uthmani.
2)    Membina jambatan, jalan raya rumah rehat pengembara.

SUMBANGAN PENTADBIRAN:
1)    meluaskan empayar seperti ke Cyprus, Afghanistan, Samarkand, Tripoli dan khalifah pertama membina angkatan tentera laut Islam.

Khalifah Ali
     Khalifah ar-Rasyidin yang terakhir ialah Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib.  Beliau meupakan pemerintah antara tahun 656-661M.  Beliau menerima gelaran Karamallahu Wajhah (Allah memuliakan wajahnya) kerana tidak pernah menyembah berhala sepanjang hidupnya.  Khalifah Ali merupakan menantu Nabi. Hubungan mereka adalah rapat.  Hal ini kerana, Khalifah Ali memeluk Islam sejak kecil

Sifat utama yang ada pada diri beliau adalah setia.  Buktinya, beliau sanggup berkorban untuk mempertahankan Rasulullah dan Islam.  Kedua, Ali adalah seorang yang sangat berani.  Beliau pernah tidur di tempat tidur Nabi bagi menggantikan Nabi semasa kaum Musyrikin masuk ke kamar Baginda untuk membunuhnya.  Pada ketika itu, Baginda Rasulullah SAW keluar untuk berhijrah ke Madinah.
      Terakhir, Khalifah Ali seorang yang berilmu.  Beliau mempunyai pengetahuan Islam yang mendalam mengenai soal hukum.  Beliau juga banyak banyak meriwayatkan hadis

SUMBANGAN PENTADBIRAN:
  1. Banyak menyelesaikan masalah berhubung masyarakat dan perundangan Islam - pakar dlm selok-belok hukum.
SUMBANGAN EKONOMI:
  1. meneruskan  kutipan jizyah terhadap golongan zimmi. ini dinyatakan dalam surat yang dihantarkannya kepada al-Asytar. Khalifah Ali meminta beliau mengikat perjanjian dengan golongan zimmi untuk mengenakan jizyah kepada mereka.

SUMBANGAN KETENTERAAN:
  1. menghentikan Perang Siffin (Perang Saudara) bila musuh mengangkat al-Quran dan menjalankan rundingan supaya dapat mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.
  2. Membina markas tentera di Parsi dan Syria.








No comments:

Post a Comment