Dalil-dalil Al-Quran berkaitan aqidah
Metodologi Al-quran dalam menerapkan
akidah:
a). kebebasan akal daripada paksaan dan
taqlik
dan janganlah Engkau mengikut apa Yang
Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan
penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang
apa Yang dilakukannya.
(al-isra’ :36)
b).menggunakan akal untuk berfikir dan
menganalisis menerusi alam nyata
Sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan
keadaannya).
(surah at-tin ayat:4)
tidakkah Engkau memerhatikan, Bahawa
Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi matair-matair di
bumi; kemudian ia menumbuhkan Dengan air itu tanaman-tanaman Yang berbagai
jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke
suatu masa Yang tertentu), selepas itu Engkau melihatmu berupa kuning; kemudian
ia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya Segala Yang tersebut itu
mengandungi peringatan Yang menyedarkan orang-orang Yang berakal sempurna.
(Surah az-zumar ayat 21)
tidakkah Engkau melihat bahawasanya Allah
mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan
kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? selepas
itu Engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. dan Allah pula menurunkan
hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) Yang ada padanya; lalu ia
menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa Yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya
dari sesiapa Yang dikehendakiNya. sinaran Kilat Yang terpancar dari awan Yang
demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.
(Surah al-nur ayat 43)
c). mendedahkan kepercayaan yang batil
dan mengisbatkan kebatilannya.
dan di antara tanda-tanda kekuasaannya
ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. janganlah kamu sujud kepada
matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu
sujud kepada Allah Yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat
kepada Allah.
(surah al-fusilat ayat 37)
d) membentangkan akidah yang benar dan
mengisbatkan kebenarannya.
Wahai orang-orang
Yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab
Al-Quran Yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga
kepada Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan dahulu daripada itu. dan sesiapa
Yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya,
dan Rasul-rasulNya dan juga hari akhirat, maka Sesungguhnya ia telah sesat
Dengan kesesatan Yang amat jauh.
(Surah an-nisa’ ayat
136)
dan pada sisi Allah
jualah anak kunci perbendaharaan Segala Yang ghaib, tiada sesiapa Yang
mengetahuiNya melainkan Dia lah sahaja; dan ia mengetahui apa Yang ada di darat
dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya, dan
tidak gugur sebutir bijipun Dalam kegelapan bumi dan tidak gugur Yang basah dan
Yang kering, melainkan (Semuanya) ada tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz)
Yang terang nyata.
(surah an-am ayat
59)
MUQADDIMAH
Aqidah yang sahih
dan sempurna merupakan syarat pertama untuk menjamin amal seseorang diterima
oleh Allah SWT. Tanpa aqidah Islamiah yang tulen, amalan tidak akan diterima
oleh Allah SWT walaupun ia berbau Islam.
maksudnya : “
Apakah (orang-orang) yang memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan
haji dan menguruskan Masjidil Haram, kamu samakan dengan orang-orang yang
beriman kepaada Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah”.
(At-Taubah : 19)
ASAS AJARAN ISLAM
Asas ajaran Islam
ialah pengucapan syahadatain. Ia adalah muqaddimah kepada ajaran ini. Kalimah
syahadah mengandungi dua tuntutan besar. Tuntutan keimanan kepada Allah yang
mencakupi aspek-aspeknya dan tuntutan beriman kepada Rasululah SAW dengan
beberapa aspek yang mesti diimani.
Konsep syahadat
Sebagaimana kita
maklum bahawa syahadatain merupakan asas
yang terpenting tertegaknya Islam bagi
diri seorang Islam. Tidak tegak Islam
atau tidak terdiri Islam jika tidak sempurna syahadatain. Bahkan tidak ada Islam sebelum adanya
syahadatain.Dengan lain perkataan kalimah syahadatain merupakan asas utama bagi
rukun yang lain dalam Islam. Andainya
seseorang tidak mengiktiraf syahadatain
maka tidak dianggap sebagai seorang Islam.
Lantaran itu kedudukan kalimah syahadatain merupakan rukun pertama dalam
Islam dan asas dalam segala bahagian Islam keseluruhannya.
Syahadatain juga melambangkan jiwa Islam
yang syumul. Andainya nyawa merupakan
nadi kepada badan seluruhnya maka kalimat
“Lailaillah Muhammadur Rasulullah” juga merupakan nyawa bagi setiap aspek dan bahagian daripada
Islam. Oleh itu setiap amalan pekerjaan
dan ibadah orang Islam yang tidak bersandarkan kepadanya adalah diibaratkan
seperti menanam benih yang mati. Begitu
juga sebarang amalan-amalan kebajikan
orang kafir itu tidak ada harganya di sisi Allah dan dianggap seperti
bangkai lantaran tidak ada roh syahadatain.
Dari itu kemasukan seseorang ke dalam
Agama Islam mesti dimulakan dengan satu pengisytiharan syahadah yang memisahkan
dirinya dengan zaman lamanya yang membawa ke alam baru. Pengisytiharan ini membawanya dari bukan
Islam kepada Islam dari sistem jahiliah kepada sistem Ilahi. Pengistiharan tersebut dinamakan sebagai
syahadah.
Pengisytiharan ini dilakukan dengan dorongan
kepercayaan dan keyakinan terhadap kepalsuan zaman silamnya serta kebenaran
zaman Islam. Pengisytiharan ini mesti disertakan dengan keimanan dan keyakinan. Tanpanya
pengisytiharan itu tidak mempunyai kekuatan. KeIslaman mereka laksana padi dihisap susunya
oleh kerang-kerang dan di makan isinya oleh unggas-unggas. Sebaliknya sekiranya keimanan dan keyakinan
yang tidak diisytiharkan merupakan keimanan
dan keyakinan yang telah dinodai oleh ketakutan dan kelemahan menghadapi
kenyataan.
Seterusnya keimanan
dan keyakinan itu mesti disusuli dengan keberanian untuk memperjuangkan jika
tidak memperjuangkan pegangan mereka masih boleh dipersoalkan. Oleh itu kelihatan di sini pentingnya
syahadah dan tuntutan supaya
bersyahadah.
Definisi syahadat
®
Syahadah (شَهَادَةٌ) dalam bahasa Arab bermakna perkhabaran tentang apa yang telah
dilihat dan pengakuan tentang perkara yang telah diketahui
®
penyaksian, pengakuan dan keyakinan pada Dua
Kalimah Syahadah yang menjadi syarat untuk seseorang itu memeluk agama Islam.
®
“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang
berhak disembah dengan sebenar-benarnya) melainkan ALLAH dan aku bersaksi
bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh ALLAH
Dalil daripada
Al-quran
Maksudnya : “ Apakah
(orang-orang) yang memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan
menguruskan Masjidil Haram, kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada
Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah”.
(At-Taubah : 19)
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ
الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ
وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
Ertinya:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang beriman
kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang
(berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah
orang-orang yang benar”. Surah al-Hujurat: 15.
Dalil daripada hadis
Nabi SAW
Rasulullah s.a.w.
juga bersabda:
مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَكَفَرَ بِمَا
يُعْبَدُ مِنْ دُونِ اللهِ حَرُمَ مَالُهُ وَدَمُهُ، وَحِسَابُهُ عَلَى اللهِ.
Ertinya: “Sesiapa
yang menyatakan bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan mengkufuri apa sahaja
yang disembah selain Allah, maka terpeliharalah harta dan darahnya. Dan
perhitungan (yang sebenar terserah) kepada Allah”. Hadis riwayat Muslim.
Kepentingan syahadah
dalam kehidupan:
1).– Pintu Masuk
Islam
Syahadatain ialah
pintu masuk Islam. Dengan mengucap dua kalimah syahadah, barulah amal manusia
dikira ibadah. Lantas, jika orang kafir yang begitu baik akhlaknya, sering
melakukan kebajikan, tetapi amalnya tidak diterima. Sebabnya, orang bukan Islam
tak akan dijamin syurga walau sebanyak mana pun amalannya.
.
2).Intisari Ajaran
Islam
Intisari atau asas
dalam ajaran Islam berpaksikan dua kalimah syahadah. Kalimah ‘Laa ilaha
illallah’ bermakna setiap amalan dalam Islam itu tidaklah dilakukan melainkan
hanya kerana Allah manakala kalimat ‘Muhammadur rasulullah’ bermaksud
amalan-amalan tersebut haruslah mengikut kepada apa yang dicontohkan
rasulullah. Ini kerana Allah telah meletakkan Rasulullah sebagai pesuruh dalam
surah Al-Israa’ iaitu:
3).Titik Tolak
Perubahan
Dengan dua kalimah
syahadah lah seorang yang jahat menjadi baik. Seorang yang amat bengis, garang
dan tegas menentang Islam, menjadi seorang yang sangat cintakan Islam, sanggup
berkorban nyawa untuk Allah dan Rasul-Nya. Sikap ini ditunjukkan oleh para
sahabat Rasulullah SAW seperti Saidina Umar Al-Khattab.
4).Hakikat Dakwah
Para Rasul
Sejak dari Nabi Adam
AS, manusia diajak untuk mengesakan Allah. Isu Aqidah tidak berubah mengikut
perubahan zaman. Apa yang diajar dulu, sentiasa sama hingga sekarang dan akan
datang. Allah SWT tetaplah hanya Tuhan yang layak disembah dulu, kini dan
selamanya.
Hakikat dakwah para
Rasul ini diakhiri dan dilengkapi oleh Nabi Muahammad SAW sebagai penutup para
nabi. Rasulullah SAW itu tetaplah manusia biasa, namun yang membezakannya
dengan manusia lain ialah wahyu yang diberikan.
Seperti firman Allah
SWT dalam Surah Al-Kahfi, ayat 110:
Katakanlah:
Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: “Bahwa
sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa.” Barangsiapa mengharap
perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan
janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya.”
5). Keutamaan Yang
Besar
Banyak juga hadith
tentang keutamaan syahadatain ini. Antaranya:
Abu Hurairah
berkata, Rasulullah saw. ditanya, “Siapakah orang yang paling berbahagia dengan
syafaatmu di hari Kiamat?” Rasulullah saw. bersabda, “Aku telah mengira, ya Abu
Hurairah, bahwa tidak ada seorang pun yang tanya tentang hadits ini yang lebih
dahulu daripada kamu, karena aku melihatmu sangat antusias terhadap hadits.
Orang yang paling bahagia dengan syafaatku di hari Kiamat adalah yang
mengatakan la ilaha illallah secara ikhlas dari hatinya atau jiwanya.”
(Bukhari).
RUKUN IMAN DAN RUKUN ISLAM SERTA HUBUNGAN
ANTARA IMAN, ISLAM DAN IHSAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.
IMAN
Pengertian
dari:
a) Bahasa: bermaksud membenarkan,percaya dan amanah
b) Istilah: bermaksud membenarkan di dalam hati,
mengaku dengan lisan dan dibuktikan dengan amalan zahir serta batin
c) hadis riwayat Abu Hurairah di mana Jibril a.s
bertanya Rasulullah s.a.w. :
ما الايمان؟ قال : الايمان أن تؤمن بالله وملائكته وبلقائه
ورسله وتؤمن بالبعث
Maksudnya: apakah iman itu? Jawab Rasulullah: Iman ialah percaya
kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, bertemu dengan-Nya, para Rasul-Nya serta
percaya kepada hari kebangkitan.
(riwayat al-Bukhari)
RUKUN IMAN
|
MAKSUD RUKUM IMAN
|
Beriman kpd Allah
|
Wajib mempercayai keesaan Allah yang memiliki sifat
kesempurnaan berdasarkan dalil Naqli dan Aqli.
|
Beriman kpd Malaikat
|
Wajib mempercayai Malaikat adalah makhluk Allah yg
dijadikan daripada cahaya, tidak makan dan minum, tidak berjantina dan sentiasa mentaati perintah Allah.
|
Beriman kpd Kitab
|
Wajib mempercayai Allah telah menurunkan kitab kepada
rasul-rasulNya yang mengandungi ajaran yang benar dan menjadi panduan hidup
kepada umat manusia.
|
Beriman kpd Rasul
|
Wajib mempercayai Allah telah mengutus rasul-rasulNya
untuk membimbing umat manusia ke jalan
yang benar
|
Beriman kpd Hari Kiamat
|
Wajib mempercayai alam ini akan hancur binasa dan manusia
akan dibangkitkan daripada kubur , dihimpun di Mahsyar, dihisab amalan dan
dimasukkan ke Syurga atau Neraka
|
Beriman kpd
Qada' & Qadar
|
Wajib mempercayai Allah SWT yang mengatur segala yang
berlaku di alam ini dengan kebijaksanaan dan kehendakNya
|
KESAN BERIMAN DENGAN RUKUN IMAN
(a) kesan terhadap individu:
v melakukan amal ibadat dan kebajikan
untuk mendapat kebahgiaan hidup di dunia dan di akhirat;
v mengajak manusia melakukan kebaikan
dan mencegah kemungkaran.
v mendapat ketengan jiwa dan sentiasa
merasa tenteram.
يُؤْمِن بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ
Maksudnya
: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah nescaya ia menunjukkan
hatinya".
(Surah
Al-Taghabun 64:11)
(b) kesan terhadap masyarakat:
v bebas daripada perkara maksiat
v jauh daripada perkara khurafat dan tahyul.
(c) kesan terhadap negara:
v negara berada dalam keadaan aman dan
makmur
v negara dihormati dan disegani oleh
negara-negara luar.
ISLAM
Definisi
®
bahasa:
tunduk dan berserah diri atau taslim, selamat. juga membawa maksud
taat,damai,aman dan tidak ada kecacatan, baik dari segi zahir dan batin.
® Islam juga membawa maksud patuh dan masuk
kepada kesejahteraan. Antara ayat al-Quran yang menunjukkan pengertian ini
ialah:
® Firman Allah SWT
·
(ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya:
"Serahkanlah diri (kepadaKu Wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab:
"Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang memelihara dan
mentadbirkan sekalian alam".
(al-Baqarah: 131)
®
Hadis riwayat Ibnu Umar, baginda bersabda:
·
Maksudnya : Islam itu dibina di atas lima rukun : Mengakui
bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu adalah
pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan
berpuasa di bulan Ramadhan.
(Riwayat
al-Bukhari)
RUKUN
ISLAM & KONSEPNYA
Perkataan
‘rukun’ jika diteliti dari sudut pengertiannya menerusi kamus-kamus Arab, maka
ianya bererti sesuatu yang menguatkan, yang mempertahankannya atau
memuliakannya dan bahagian yang penting dan terkuat.Daripada pengertian di atas
dapat dikaitkan dengan rukun Islam itu sendiri iaitu ianya bererti; Islam itu
ada berbagai-bagai cabang dan bahagiannya.Ada ibadat, mu’amalat, munakahat,
jinayat dan sebagainya.Dalam ibadat itu pula terdapat pelbagaicabang seperti
syahadah, solat, zakat, puasa, haji, amar makruf nahi munkar, jihad dan
sebagainya.
Bahagian
yang boleh menguatkan, mempertahankan, memuliakan Islam itu adalah yang
terkandung dalam rukun Islam.Bahagian inilah yang penting dan terkuat.Rukun
Islam dalam konteks ini merupakan suatu konsep tersendiri yang amat luas
pengertiannya.la adalah nilai Islam itu sendiri pada diri seseorang. Rasulullah
s.a.w. pernah menyebutkannya sebagai tiang agama.Sebagai contoh, dalam konteks
solat, Rasulullah s.a. w .bersabda yang bermaksud:“Sembahyang itu tiang agama.
Sesiapa
yang mendirikannya, maka sesungguhnnya ia mendirikan agama. Sesiapa yang
meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah meruntuhkan agama.”Hadis di atas
jelas menunjukkansolat adalah tiang agama.ianya bererti bahagian penting yang
berkait rapat dengan jatuh bangunnya Islam pada seseorang itu. Jika ditinjau
dari sudut yang lebih meluas dari konsep yang terkandung dalam rukun Islam,
maka dapat diperincikan seperti berikut:-
1).
Konsep Islam sebagai bangunan
Rasulullah
s.a.w menjelaskan dalam sebuah hadisnya yang menggambarkan Islam itu sebagai
bangunan yang bermaksud: “Bandingan saya
dengan Nabi-Nabi yang sebelum saya adalah seperti seorang yang membina sebuah
bangunan. Semua bahagian dari bangunan itu telah siap, melainkan satu bahagian
kecil lagi yang belum siap, Semua orang yang melihat bangunan itu memuji
bangunan itu cuma ada satu kekurangannya.Sayalah (sabda Rasulullah) bahagian
yang terakhir yang menyempurnakan bangunan itu.Sayalah Rasul terakhir yang
diutus untuk melengkap sempurnakan bangunan itu.”Hadis ini memberi gambaran
bahawa Islam itu sebagai bangunan.Konsep bangunan dalam konteks ini memberikan
suatu gambaran yang lebih luas bahawa Islam itu mempunyai asasnya.Tiangnya,
bumbungnya, dindingnya dan sebagainya.Asasnya adalah aqidah.Tiang adalah rukun
Islam.Bumbungnya adalah pemerintahan Islam.Dinding adalah perlaksanaan
undang-undangnya.
2).Konsep rukun Islam sebagai sebagai skop
amalan
Rukun
Islam yang bermula dari syahadah dan berakhir dengan haji memberikan suatu
gambaran tentang skop Islam yang meluas di mana Islam itu tidak terhenti di
atas pengakuan dan amalan secara individu sahaja tetapi ianya memerlukan gerak
kerja dan tindakan yang meliputi sehingga kepada persoalan negara dan ummah.
1.
Islam yang syumul
Falsafah
yang terkandung dalam rukun Islam mengajak manusia menghayati Islam yang syumul
sepenuhnya.Islam mengajak manusia ke
jalan selamat sejahtera dunia hingga akhirat. Syahadah menggambarkan konsep
kerja hati, mengimani Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. mengingatkan manusia
dalam sabdanya yang bermaksud:-‘Ingatlah bahawa dalam diri manusia ada suatu
seketul daging. Kalau baik ketulan itu, maka baiklah semua jasadnya.Kalau rosak
ketulan itu, maka rosaklah semuanya.Ketulan tersebut ialah Qalbu.’Konsep
syahadah adalah konsep memperbetul dan memperbaikkan Qalbu itu supaya menjadi
baik. Kesejahteraan Qalbu adalah dengan beriman kepada Allah s.w.t. Solat
mengandungi peringatan, bahawa tidak ada suatu gerakan yang dilakukan oleh
manusia di dalamnya
IHSAN
definisi
®
bahasa
:bekerja dengan baik serta beramal dan berusaha dengan tekun.
®
Istilah:
mengelokkan perbuatan zahir dengan ibadat dan mengelokkan perbuatan batin
dengan ikhlas.
® Ihsan juga membawa maksud hendaklah
kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak melihat-Nya
maka Ia melihat kamu.
Dalil-Dalil Ihsan
*
¨bÎ)
©!$#
ããBù'tƒ
ÉAô‰yèø9$$Î/
Ç`»|¡ômM}$#ur
Ç›!$tGƒÎ)ur
“ÏŒ
4†n1öà)ø9$#
4‘sS÷Ztƒur
Ç`tã
Ïä!$t±ósxÿø9$#
Ìx6YßJø9$#ur
ÄÓøöt7ø9$#ur
4 öNä3ÝàÏètƒ
öNà6¯=yès9
šcrã©.x‹s?
ÇÒÉÈ
Sesungguhnya
Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum
kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan Yang keji dan
mungkar serta kezaliman.ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini),
supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.
(al-Nahl:
90)
Hadis
riwayat Abu Hurairah tentang pertanyaan Jibril kepada Nabi:
ما الاحسان؟ قال : أن تعبد الله كأنك تراه فان لم تكن تراه
فانه يراك
Maksudnya:
apakah itu ihsan? Nabi menjawab: “ Ihsan ialah engkau menyembah Allah
seolah-olah engkau melihat-Nya, jika engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya
Allah melihatmu.”
(riwayat al-Bukhari)
Hubungan diantara iman islam dan
ihsan.
— Iman adalah perkara utama yang perlu difahami kerana
keimanan itu terhasil atas sebab seseorang itu mengenali Allah ( makrifatullah
).
— Islam pula melengkapkan dengan melaksanakan tuntutan iman
dengan melibatkan fizikal seperti mengucapkan dua kalimah syahadah, bersolat,
mengeluarkan zakat dan seumpamanya.
— Ihsan pula memurnikan lagi ibadat dengan melakukannya dengan
ikhlas , iaitu membuat sesuatu semata-mata kerana Allah, ianya berperanan
sebagai pelengkap kepada ketiga-tiga prinsip tersebut.
Konsep dan dalil beriman dengan
Allah SWT:
maksud tauhid
®
bahasa :
mengesakan.
®
istilah
:bermaksud beritiqad dan mempercayai bahawa Allah subhaanahu wa taaala itu esa
dan tunggal, tiada syirik atau sekutu baginya.
®
Fahaman secara
praktikalnya tauhid ialah suatu pegangan hidup yang mempercayai
bahawa Allah subhaanahu wa taaala adalah Tuhan yang Maha Esa dan tidak ada
sekutu baginya atauupun yang menyerupaiNya. Firman Allah SWT
Katakanlah (wahai
Muhammad) Tuhanku ialah Allah yang Maha Esa, Allah yang menjadi tumpuan
sekalian makhluk untuk memohon segala hajat. Ia tidak beranak dan tidak
diperanakkan. Dan tiada sesiapa yang setara denganNya.
(Al-Ikhlas:1-4)
PEMBAHAGIAN TAUHID
Tauhid terbahagi kepada tiga:
1. Tauhid
Rububiyyah
2. Tauhid
Uluhiyyah
3. Tauhid
Asma was Sifaat
1). Tauhid Rububiyyah
v
Tauhid
rububiyyah bererti mempercayai Allah sebagai Rabb atau Pencipta dan Penguasa
terhadap sesuatu. Allahlah Pencipta sekalian
makhluk dan alam ini, Pemilik, Pentadbir dan Pemberi segala-galanya. Allah yang
menghidukan dan mematikan sesuatu, Dia yang berkuasa memberi manfaat dan
mudharat terhadap sesuatu dan tiada siapa yang berhak dan berkuasa untuk
melakukan sesuatu kebaikan atau keburukan tanpa izinNya.
v
Firman Allah
SWT “Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka: “Siapakah yang
menciptakan mereka”, nescaya mereka menjawab: “Allah”. ( az-Zukhruf: 87)
2
|
v
Tauhid
Uluhiyyah juga dikenali sebagai Tauhid Ibadah. Tauhid Uluhiyyah ialah
mengitiqad dan beriman bahawa Allah SWT shaja yang berhak disembah dan tiada
sekutu di dalam penyembahanNya. Dia sahaja yang berhak disembah,
ditaati dan dikasihi, kepadaNya tempat bertawakkal, tempat berserah, tempat
menaruh harapan, permohonan dan berdoa. Ini bererti meletakkan seluruh
perbuatan, percakapan dan tingkah laku di atas perintah dan petunjuk Allah
semata-mata firman Allah SWT.
v
“Dan
sesungguhnya Kami telah utuskan pada setiap umat itu seorang rasul (untuk
menyeru) : Sembahlah Allah dan jauhilah taghut.” ( an-Nahl : 36)
3).Tauhid
Asma was Sifat ialah mengitiqad dan beriman bahawa Allah bersifat dengan
sifat-sifat kesempurnaan dan Maha suci dari segala sifat-sifat kekurangan dan
kelemahan dan Allah SWT mempunyai nama-nama yang layak dengan
kebesaranNya. Segala nama dan sifat Allah itu
tidak sama dengan nama dan sifat makhluk. Walaupun nama-nama dan sifat-sifat
tersebut sama pada sebutannya dengan nama dan sifat makhluk, tetapi hakikatnya
ia tidak menyerupai nama dan sifat makhluk.
v Firman Allah SWT “yang maha pengasih dan maha
penyayang(al-fatihah ayat 3)
Konsep kerasulan.
Sifat-Sifat Rasul
- Rasul-rasul mempunyai sifat yang terpuji
untuk dicontoh dan diteladani oleh umat manusia.
- Sifat-sifat wajib bagi rasul adalah
seperti berikut;
(i)
Siddiq – benar.
(ii) Amanah –
jujur.
(iii) Tabligh
– menyampaikan.
(iv) Fatonah –
bijaksana.
3.Kepentingan
mencontoh sifat wajib bagi rasul ialah;
(i)
Menjadi seorang yang jujur dalam sesuatu tindakan.
(ii)
Nasihat-menasihati ke arah kebaikan.
(iii) Maksiat
dapat dicegah.
(iv) Menjadi
seorang yang rajin berusaha.
4.Sifat mustahil
bagi rasul ialah;
(i)
Kizbun – dusta.
(ii) Khianat
– pecah amanah.
(iii) Kitman –
menyembunyikan.
(iv) Baladah –
bodoh.
5. Sifat harus bagi
rasul ialah sifat yang ada pada manusia biasa seperti makan, tidur, berkahwin
dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment