KEDUDUKAN PENDUDUK MADINAH SEBELUM
HIJRAH.
1) Madinah terletak di utara Makkah di
tengah – tengah perjalanan jalan dagang antara Makkah dan Syam.
2) Tiga golongan pendudukannya – Nasrani,
Yahudi dan Arab.
3) Tiga golongan Yahudi – Bani Quraizah,
Qunaiqa’, Nadhir.
4) Dua golongan Arab – suku Aus dan Khazraj.
5) Masalah politik dan ekonomi kerap berlaku
antara mereka
1).Peristiwa orang quraisy memulau bani
hasyim dan Bani Abd Mutalib.
Orang musyirikin telah melakukan
pemulauan ke atas Nabi, orang Islam dan Bani Hasyim sebagai salah satu cara
untuk menyekat perkembangan Islam. Pada mulanya, pemulauan ini hendak dilakukan
selama 10 ahun tetapi setelah 3 tahun berlangsung, ia telah ditamatkan.
Pemulauan ini telah menyebabkan umat Islam menghadapi penderitaan yang teruk.
Pada tahun akhir pemulauan, 2 orang
penyokong kuat Nabi iaitu Siti Khadijah dan Abu Talib meninggal dunia. Walaupun
orang Islam menghadapi penderitaan tetapi peristiwa ini tetap memberi kesan
positif terhadap perkembangan Islam. Penderitaan yang dialami telah melahirkan
rasa simpati masyarakat umum terhadap Nabi sehingga ada antara mereka yang
mendesak orang musyirikin untuk menamatkan pemulauan itu. Peristiwa ini tidak
melemahkan semangat perjuangan orang Islam, malah orang-orang kaya di antara
mereka telah mengorbankan kekayaan mereka bagi membantu saudara lain. Hal ini
menyebabkan hubungan antara mereka bertambah rapat. Kegagalan orang musyirikin
meneruskan rancangan ini telah menjatuhkan imej mereka pada pandangan
kabilah-kabilah lain.
- Musyrikin Qiraisy bersetuju tidak mengahwinin, tidak berjual
beli, memutuskan hubungan, menyekat sumber-sumber rezeki dan tidak
menerima sebarang perdamaian. Naskhah perjanjian digantung di Kaabah.
Pemulauan ini berlaku selama 3 tahun bermula dari bulan Muharam tahun
ke-7 hingga tahun ke-10 selepas kebangkitan baginda s.a.w. menjadi
Rasul. Berakhir dengan anai-anai menggerit naskhah perjanjian.
2).PERISTIWA HIJRAH KE HABSYAH (kerana
penindasan orang2 quraisy mekah)
Dalam sejarah perkembangan awal Islam
terdapat 2 peristiwa penting iaitu Hijrah ke Habsyah dan Hijrah ke Madinah.
Namun dalam 2 peristiwa ini, Nabi Muhammad hanya melibatkan diri dalam hijrah
ke Madinah. Kerana itu jugalah peristiwa Hijrah tersebut digelarkan
Hijratul-Rasul dan disambut oleh umat Islam pada setiap tahun sehingga kini.
Dalam perjanjian Hijrah ke Habsyah, hanya
sebahagian daripada pengikut Nabi yang terlibat. Hijrah ke Habsyah lebih
bersifat sementara dan bertujuan mencari perlindungan. Kebanyakan daripada
mereka kembali ke Arab apabila mendengar berita pengislaman Saidina Umat
al-Khattab. Ada yang kembali semula selepas mendengar berita Hijrah ke Madinah.
Bantuan Perlindungan di Habsyah
Pada tahun ke-5 kerasulan, sebahagian
daripada umat Islam telah berhijrah ke Habsyah untuk mencari perlindungan di sana.
Nabi Muhammad sendiri menyarankan agar berhijrah ke Habsyah kerana ia dianggap
sebagai Bumi Kebenaran dan penganiayaan tidak berlaku di sana. Terdapat 2
rombongan umat Islam berhijrah ke sana. Rombongan ini telah mendapat
perlindungan di Habsyah walaupun Maharaja Najashy menganut agama Nasrani.
Kejadian ini telah memberikan perangsang dan menguatkan azam Nabi Muhammad
untuk terus berjuang menyebarkan Islam.
Peristiwa orang berpengaruh di mekah
memeluk islam.
Pengislaman Umar
Umar Bin al-Khattab adalah antara sahabat
Nabi yang agak lewat menerima Islam. Ketika orang Islam berhijrah ke Habsyah
mereka menerima berita bahawa beliau telah memeluk Islam. Sebelum menerima
Islam, Umar ialah seorang penentang kuat Nabi tetapi selepas menerima Islam,
beliau menjadi sahabat Nabi yang kuat.
Pengislaman beliau sangat besar ertinya
terhadap perkembangan Islam. Nabi sendiri pernah berdoa supaya Allah membuka
hati Umar untuk menerima Islam. Sebelum Islam, Umar mempunyai penyokong yang
ramai. Dengan islamnya Umar, kedudukan Islam menjadi kuat dan orang Islam
berani melakukan ibadat secara terbuka. Pengislaman Umar juga merupakan satu
tamparan yang hebat kepada musyirikin Mekah kerana sebelum ini Umar
bersungguh-sungguh menunjukkan penentangannya terhadap Islam.
Pengislaman Hamzah
Hamzah ialah seorang pemuda gagah
Quraisy. Beliau ialah bapa saudara Nabi. Beliau tidak menyahut seruan Islam
tetapi tidak terlibat dalam gerakan menentang Islam. Pengislamannya mungkin
berlaku secara spontan. Hal ini kerana pada suatu hari semasa beliau balik dari
berburu, beliau terlihat orang yang sedang menghina Nabi. Sebagai tokoh Bani
Hasyim, beliau memarahi orang itu dan menyatakan pengislamannya. Beliau
merupakan panglima Quraisy yang ulung dan disegani. Pengislamannya memantapkan lagi
perjuangan Islam.
Peristiwa Israk dan Mikraj
Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab.
Israk ialah perjalanan pada waktu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke
Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke
langit dan seterusnya hingga ke Sidratul Muntaha. Dalam peristiwa ini, Nabi
telah diperlihatkan dengan pelbagai tanda kekuasaan Allah. Peristiwa ini
menjadi ujian kepada orang Islam.
Bagi yang beriman, iman mereka semakin
mantap tetapi bagi yang kurang beriman, maka menjauhkan diri kerana menganggap
Nabi mereka cerita. Peristiwa inilah ibadat sembahyang mula diwajibkan.
Peristiwa ini memberi keterangan kepada Nabi walaupun orang musyirikin semakin
kuat menentang. Saidina abu bakar tetap mempertahankan nabi sehingga di beri
gelaran as-siddiq(yang membenarkan)
DAKWAH ISLAMIYYAH.
Dakwah di Taif
Selepas tamatnya pemulauan, Nabi dengan
ditemani oleh Zaid Bin Harithah telah pergi ke Taif untuk berdakwah kepada Bani
Thaqif. Pemergian Nabi disebabkan beliau kecewa dengan sikap penduduk Mekah di
samping Abu Talib dan Khadijah. Di Taif, sekali lagi Nabi dikecewakan. Mereka
bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah yang disampaikan, malah telah
mengupah kanak-kanak melontar Nabi dengan batu sehingga Nabi cedera.
Ternyata dakwah di Taif gagal kerana Bani
Thaqif mempunyai hubungan rapat dengan puak Quraisy. Sungguhpun Nabi kecewa,
tetapi semangat untuk terus berdakwah tetap kukuh. Dari segi jangka panjang,
dakwah ke Taif tidak gagal kerana sekurang-kurangnya Nabi telah berjaya mengislamkan
seorang penganut Kristian, iaitu Addas. Peristiwa ini telah membuka jalan
kepada pengislaman penduduk Taif pada 9 Hijrah. Kegagalan dakwah di Taif juga
dianggap sebagai Muqaddinah (permulaan) kepada peristiwa Israk dan Mikraj.
Peristiwa ini menggembirakan Nabi dan menambahkan keyakinan untuk terus
berdakwah.
Perjanjian Aqabah
Apabila Nabi sedar penduduk Mekah tidak
mahu menerima Islam, Nabi mengalihkan perhatian kepada orang luar Mekah. Pada
tahun ke-11 selepas kerasulan Nabi, 6 orang penduduk Yathrib telah datang
menemui Nabi dan menyatakan keislaman mereka. Pada tahun berikutnya, 12 orang
lagi datang dan mengadakan ikrar yang dikenali sebagai Bai'at Aqabah I. Apabila
mereka pulang ke Madinah, Nabi menghantar Mus'ab Bin Umair untuk menjadi guru
dan imam mereka. Pada musim Haji tahun berikutnya, seramai 73 orang lagi
mengadakan ikrar Aqabah II. Dengan adanya ikrar ini, bilangan penganut Islam
telah bertambah bilangannya. Secara tidak langsung, tenaga pendakwah bertambah.
Penduduk Yathrib berjanji akan menyebarkan Islam di sana. Ikrar ini dianggap
sebagai Muqaddiah kepada peristiwa Hijrah yang berlaku pada 622 Masihi.
Peristiwa Hijrah Ke Madinah
Perjalanan
hijrah nabi Muhammad.
1) Berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12
September 622M.
2) Ia berlaku secara senyap dan berperingkat
– peringkat.
3) Nabi berhijrah selepas penghijrahan orang
Islam lain.
4) Perjalanan hijrah Nabi ditemani oleh Abu
Bakar selama 12 hari.
5) Umar al-Khattab berhijrah dengan terang –
terangan, bersendirian dan dengan berani.
Konsep
dan pengertian hijrah.
1) Perkataan arab bermaksud berpindah
(perpindahan dari Makkah ke Madinah untuk mengukuhkan Islam).
2) Pengertian lebih luas – menegakkan
kebenaran, meninggalkan keburukkan dan kejahatan, perubahan sikap, cara
berfikir, dan tingkah laku.
3) Tafsiran orientalis barat, hijrah ialah
pelarian. Ia disangkal oleh Islam kerana orang Islam dijemput oleh penduduk
Madinah, ketibaan disambut rela penduduk Madinah, diberi tempat tinggal dan
dijamin keselamatan, nabi diterima semua penduduk termasuk orang bukan Islam.
Bagaimana Nabi melepaskan diri dari Makkah ke
Madinah.
1) Hijrah bermula apabila nabi melepasi
kepungan Quraisy di rumah bagnda. Ali telah tidur di tempat tidur nabi dan
menggunakan selimut nabi.
2) Kemudian nabi berjumpa Abu Bakar memeberitahu
perintah Allah agar berhijrah. Mereka berdua bersembunyi di Gua Thur.
Perjalanan seterusnya dipandu Abdullah b. Arqat.
sebab dan tujuan hijrah :
1) Perintah Allah melalui wahyu yang
menyatakan niat orang Quraisy ingin membunuh nabi.
2) Allah memerintahkan nabi agar segera
berhijrah ke Madinah.
3) Ancaman di Makkah menjejaskan penyebaran
Islam, maka suasana aman di Madinah memudahkan penyebaran Islam.
4) Suku Auz dan Khazraj sering bertelagah
dan ekonomi mereka dikuasai orang yahudi. Maka mereka memerlukan pemimpin
seperti nabi untuk mendamaikan hidup mereka.
kepentingan peristiwa hijrah ke madinah :
1) Dakwah Islam dapat disebarkan secara aman
dan terang.
2) Mempersaudarakan suku Arab Madinah (Aus
dan Khazraj).
3) Mempersaudarakan orang Islam Madinah dan
Makkah.
4) Orang Makkah yang berhijrah ke Madinah
digelar Muhajirin dan orang Madinah digelar Ansar.
5) Menyatukan penduduk pelbagai suku, budaya
dan agama di Madinah.
6) Nabi membina masjid al-Nabai – masjid
menjadi temapt beribadat, belajar bertemu dan berbincang, di persekitaran
masjid aktiviti harian dijalankan seperti jual beli.
7) Takwim hijrah sempena peristiwa hijrah
digunakan bermula dari pemerintahan Khalifah Umar.
8) Nama Yathrib ditkar kepada Madinah
al-Munawwarah bermaksud kota bercahaya.
9) Hijrah membawa sikap toleransi, tolong –
menolong. contohnya orang Islam Makkah dibantu oleh orang Madinah.
10) Hijrah dibantu pengorbanan harta dan
nyawa para sahabat seperti Abu Bakar, Ali dan Abdul Rahman Auf.
11) Wanita juga sanggup berkorban seperti
Asma’ puteri Abu Bakar ke Gua Thur menghantar makanan dan berita.
12) Hijrah menunjukan ketabahan nabi
meninggalkan kesenangan hidup dan tidak berputus asa.
13) Hijrah menunjukkan kebijaksanaan nabi
yang tidak terus ke Madinah tetapi bersembunyi dahulu di Gua Thur.
strategi
negara Islam Madinah dalam menyebarkan Islam.
1) Quraisy Makkah mencari sokongan orang
Arab dan Yahudi di Tanah Arab bagi menentang Islam di Madinah.
2) Strategi baginda pula dengan menyebarkan
Islam secara meluas seperti di Rom, Parsi, Mesir.
3) Nabi menghantar perutusan ke sana untuk
memeluk Islam.
4) Nabi menggunakan kaedah diplomasi dengan
mewujudkan persefahaman antara negara disamping menyebarkan Islam.
5) Serangan Quraisy kepada kabilah Islam
akhirnya membawa perang, tetapi perang dalam Islam untuk maruah diri, agama dan
negara. Perang hanya dilakukan selepas turunnya wahyu Allah menbenarkannya.
PERJANJIAN HUDAIBIAH
1) Perjanjian Hudaibiah ialah perjanjian
damai yang membawa kepada gencatan senjata antara Rasulullah SAW dengan
musyrikin Quraisy.
2) Peristiwa tersebut berlaku pada bulan
Zulkaedah tahun ke 6 Hijrah di suatu tempat yang bernama Hudaibiah.
3) Persiapan Rasulullah SAW mengerjakan
umrah;
(i) Memakai pakaian ihram di Zul
Hulaifah.
(ii) Membawa binatang ternakan.
(iii) Melantik pengawal keselamatan.
(iv) Bertalbiah sepanjang jalan.
(v) Melalui jalan yang jarang
dilalui oleh orang ramai.
SEBAB BERLAKU PERJANJIAN HUDAIBIAH;
(i) Hasrat Rasulullah SAW untuk
mengerjakan umrah dihalang.
(ii) Ketaatan dan kepatuhan sahabat
pada kepimpinan Rasulullah SAW.
(iii) Kebijaksanaan Rasulullah SAW
mengatur strategi.
ISI PERJANJIAN HUDAIBIAH;
1) Gencatan senjata selama 10 tahun.
2) Umat Islam tidak boleh mengerjakan umrah
pada tahun tersebut tapi boleh mengerjakannya pada tahun berikutnya.
3) Kedua-dua pihak tidak boleh membantu
mana-mana pihak yang berperang.
4) Kedua-dua pihak bebas membuat perjanjian
dengan mana-mana pihak.
5) Orang Quraisy yang datang ke Madinah
tanpa izin walinya hendaklah dihantar pulang tapi orang Islam yang masuk
ke Mekah tidak perlu dihantar pulang.
HIKMAT PERJANJIAN HUDAIBIAH;
(i) Terhindar daripada berlaku
pertumpahan darah.
(ii) Faktor kepada pembukaan Mekah.
(iii) Orang Islam dan Quraisy bebas
berinteraksi antara satu dengan yang lain.
(iv) Orang Islam bebas menyebarkan
dakwah.
(v) Ramai orang Quraisy memeluk
Islam.
PIAGAM MADINAH
PIAGAM PERTAMA YANG DITULIS DALAM SEJARAH
DUNIA
MAKSUD PIAGAM MADINAH
- Perlembagaan yang ditulis dan dipersetujui bersama semua
golongan (orang Islam dan Yahudi) yang menjadi warganegara Madinah
Al-Munawwarah pimpinan Rasulullah SAW.
- Disebut Sahifah al-Madinah (perlembagaan bertulis
pertama di dunia).
- Menjadi asas pembentukan sebuah Negara Islam.
PERISTIWA SEBELUM PENGGUBALAN PIAGAM
MADINAH
1. PERJANJIAN AQABAH PERTAMA:
Ø 12 orang penduduk Madinah ke Makkah
bertemu Rasulullah SAW, berjanji meninggalkan perkara syirik, mencuri, berzina,
membunuh anak, tidak menipu serta taat perintah Rasulullah SAW.
2. PENERIMAAN MASYARAKAT YATHRIB TERHADAP
AGAMA ISLAM:
Ø Mus’ab bin Umair diutus ke Yathrib
mengajar al-Quran oleh Rasulullah SAW.
Ø Dakwah Mus’ab diterima baik penduduk Aus
dan Khazraj. Akhirnya ramai yang memeluk Islam.
3. PERJANJIAN AQABAH KEDUA:
Ø Tahun berikutnya, Mus’ab membawa 73 orang
lelaki dan 2 orang wanita Madinah.
Ø Mereka berbai’ah akan memelihara dan
mempertahankan Rasulullah SAW, berikrar taat setia ketika susah dan senang,
tidak berpecah dan bercakap benar di mana sahaja.
KANDUNGAN PIAGAM MADINAH
® Terdapat 10 Bahagian dan mengandungi 47
fasal.
® 23 fasal mengenal peraturan sesama Islam dan
24 fasal tentang orang Yahudi. Antara kandungannya ialah:
- Mengakui Nabi Muhammad SAW, ketua Negara Madinah.
- Mengakui Ansar dan Muhajirin sebagai umat yang
bertanggungjawab terhadap agama, rasul dan masyarakat Islam.
- Setiap kaum bebas beragama dan mengamalkan cara hidup
masing-masing.
- Orang Islam dan Yahudi bertanggungjawab terhadap keselamatan
Negara daripada serangan musuh.
- Orang Yahudi dibenarkan hidup dengan cara mereka serta
menghormati orang Islam tetapi tidak dibenarkan melindungi orang Musyrikin
Quraisy.
- Setiap masyarakat bertanggungjawab menjaga keselamatan dan
mengekalkan perpaduan di Madinah.
- Setiap individu tidak boleh menyakiti dan memusuhi individu
atau kaum lain. Hendaklah tolong-menolong demi pembangunan, ekonomi, dan
keselamatan.
- Setiap kaum perlu merujuk Rasulullah SAW (ketua negara) jika
berlaku perbalahan.
- Mana-mana pihak dilarang berhubungan dengan pihak luar
terutama Musyrikin Mekah dan sekutu mereka.
- Piagam ini mempunyai kuasa melindungi pihak yang
mempersetujuinya dan hak mengambil tindakan pada sesiapa yang
melanggarnya.
Piagam ini membuktikan betapa Nabi
Muhammad saw mampu menjalankan perananya sebagai pemimpin dan ketua agama
kepada semua pihak tanpa melakukan diskriminasi. Piagam ini mempunyai 47 fasal dan dibahagikan
kepada dua bahagian yang setiap satu mempunyai 23 dan 24 fasal. Piagam ini
memberikan penekanan terhadap beberapa perkara yang telah diringkaskan di
bawah:
Asas Pemerintahan Moden Dalam
Piagam Madinah.
Piagam Madinah merupakan perlembagaan
kerajaan Islam yang pertama yang ditulis sebagai asas pemerintahan yang menjadi
sandaran pemerintahan rasululullah saw dan hubungannya dengan rakyat yang
terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Ianya merupakan implimentasi kepada
asas-asas siyasah yang bersesuaian dengan keperluan semasa dan syarak.
Penulisan perlembagaan ini menggambarkan hakikat ketelusan pemerintahan Islam
dan keadilannya.
Mewujudkan perlembagaan yang bertulis
yang sesuai dengan keperluan semasa walaupun al-Quran telah wujud menunjukkan
kepada keperluannya bagi mentadbir sesebuah negara.
Berikut ialah beberapa asas kerajaan
moden yang terdapat di dalam Piagam Madinah:
Penyataan Mengenai Ummah dan Kerakyatan
Piagam Madinah telah menegaskan mengenai
pembentukan ummah, dan mentakrifkannya dengan menjadikan Islam sebagai asas
kerakyatan dalam Daulah Islamiah yang baru disamping menjelaskan hak-hak dan
tanggungjawab rakyat sebagaimana berikut:
Fasal 1. Ini adalah tulisan daripada Muhammad
seorang nabi dan utusan Allah, diantara orang-orang beriman daripada Quraisy dan
penduduk Yathrib dan sesiapa yang mengikuti mereka, yang bertemu mereka dan
berjihad dengan mereka.
Fasal 2. Mereka adalah satu ummah tanpa
manusia lain.
Fasal 3. Muhajirin daripada Quraisy di atas
keadaan mereka, saling menjadi `aqilah antara mereka, mereka melepaskan
tawanan mereka dengan makruf dan adil sesama mukminin.
kerakyatan bukan Islam daripada Yahudi
dan musyrikin Mekah yang datang ke Madinah, dengan menentukan hak-hak dan tanggungjawab
mereka, sebagimana dalam fasal berikut:
Fasal 24 Orang-orang Yahudi perlu
mengeluarkan perbelanjaan peperangan bersama orang-orang yang beriman apabila
mereka berperang.
Fasal 25. Sesungguhnya Yahudi bani `Auf
satu ummat bersama orang-orang yang beriman, bagi Yahudi agama mereka dan bagi
muslimin agama mereka, hamba-hamba mereka dan diri mereka, melainkan sesiapa
yang berlaku zalim sesungguhnya dia tidak membinasakan melainkan dirinya dan
ahli keluarganya.
Fasal 26. Dan bagi Yahudi bani al-Najjar
seperti apa yang menjadi hak dan tanggungjawab bani `Auf.
Pernyataan Mengenai Peribadi Ketua
Negara.
Nas-nas Piagam Madinah menyatakan bahawa ketua
kerajaan baru itu ialah rasulullah (s.a.w.). Kepadanyalah dirujuk dalam
menyelesaikan segala perselisihan dan bagindalah yang akan memelihara
nas-nas perlembagaan dan melaksanakan segala ketetapannya.
Sebagaimana dalam fasal 23;
Apabila kamu berselisih dalam apa perkara sekalipun maka rujukannya ialah
kepada Allah dan Muhammad. Begitu juga dalam fasal 42.
Mengakui Dasar Keadilan dan Persamaan.
fasal 13; Sesungguhnya orang-orang yang
beriman dan bertakwa, maka tangan mereka ke atas sesiapa yang melampaui batas
di antara mereka, atau menuntut pemberian dengan cara yang zalim, dosa,
permusuhan dan kemusnahan antara mukminin, maka tangan-tangan mereka diatas
mereka semua walaupun keatas anak-anak salah seorang daripada mereka.
Fasal 16; Sesungguhnya sesiapa dikalangan Yahudi
yang mengikuti kami maka bagi mereka hak pertolongan dan persamaan tidak
dizalimi dan tidak akan bertolong-menolong menentang mereka.
Pernyataan Dasar Perjanjian
Perdamaian.
Fasal 45: Apabila orang-orang
beriman di ajak berdamai bercampur dan bersekutu, mereka ( Yahudi) akan
berdamai dan bersatu begitu juga sekiranya mereka ( Yahudi) diajak berdamai dan
bersatu maka menjadi tanggungjawab orang-orang beriman menerimanya melainkan ke
atas mereka yang berperang kerana agama.
Pernyataan Mengenai Sempadan Kerajaan .
Fasal 39 : Yathrib merupakan bumi selamat
di dalamnya kepada ahli perjanjian ini. Rasulullah saw telah menghantar
beberapa orang sahabat untuk membina tanda sempadan Madinah.
Pernyataan Dasar Larangan Melakukan
Perjanjian Secara Sendiri.
Fasal 17 : Bahawa perdamaian orang-orang
yang beriman adalah satu. Seorang beriman tidak boleh membuat perdamaian tanpa
mukmin yang lain dalam peperangan di jalan Allah, melainkan hendaklah diatas
sama rata dan keadilan sesama mereka.
Penyataan Menganai Dasar Dan Hak-hak
Kejiranan.
Fasal 40: Sesungguhnya jiran seperti diri
sendiri tidak dimudarati dan tidak diinaya.
Dasar Takaful Dalam Melunaskan Hutang.
Fasal 12, 25 : Tidak dibiarkan
orang-orang yang beriman terbeban dengan hutang, melainkan tunaikanlah untuknya
dan bantulah dia begitu juga Yahudi dengan Yahudi.
Dasar Berkaitan Keamanan Negara.
Fasal 24, 36. Mempertahankan Madinah merupakan
tanggungjawab semua penduduk dan mereka yang tinggal dibuminya.
Jelas di sini bahawa piagam Madinah telah
meletakkan asas yang penting kepada sesebuah kerajaan dengan menentukan kuasa
perundangan, kuasa eksekutif dan kuasa kehakiman disamping menyatakan hak-hak
dan tanggungjawab rakyat dan kerajaan.
Piagam Madinah merupakan asas sistem
pemerintahan yang moden sebagaimana yang dilaksanakan pada hari ini. Walau
bagaimanapun isi piagam Madinah adalah berasaskan keperluan semasa kerajaan
Islam ketika itu tetrutamanya nas-nas perlembagaan yang berkaitan dengan umat
Yahudi dan qabilah-qabilah yang lain. Namun begitu ianya tidak terkeluar
daripada memperuntukan tiga kuasa penting sebagaimana yang dinyatakan tadi.
KESAN PIAGAM MADINAH;
1) Terbentuknya sebuah negara Islam yang pertama.
2) Rasulullah SAW diiktiraf sebagai ketua
negara.
3) Hak kebebasan beragama, keselamatan dan
kehormatan individu terjamin.
4) Perpaduan kaum dapat diwujudkan.
5) Dakwah Islam dapat berkembang dengan
baik.
6) Negara Madinah menjadi semakin maju, kuat
dan teguh.
Hikmat pembentukan Piagam Madinah;
1) Wujudnya sebuah institusi keadilan untuk
masyarakat mendapatkan hak masing-masing.
2) Sebagai satu landasan pelaksanaan syariat
Islam secara menyeluruh di kalangan masyarakat majmuk.
3) Menjadi bukti bahawa Islam merupakan satu
cara hidup yang lengkap, bukan ibadat semata-mata.
4) Dakwah Islam dapat dijalankan dengan baik
dan terancang.Madinah menjadi sebuah negara yang aman dan tenteram di bawah
pimpinan Rasulullah SAW.
No comments:
Post a Comment