PENGENALAN DAN DEFINISI
RESM UTHMANI.
Rasm dan Rasm
Uthmani.
Rasm ialah
pembentukan (taswir) kalimah melalui huruf-huruf Hijaiyah. Rasm Uthmani pula
ialah bentuk-bentuk tulisan Al-Quran yang digunakan dan dipersetujui Saidina
Uthman ketika penulisan dan penyalinan Al-Quran. Ada yang mentakrifkan sebarang
bentuk penulisan yang berlainan dengan cara penulisan lafaz-lafaz Al-Quran. Ini
disebabkan adanya penambahan, pembuangan, penggantian dan sebagainya dalam
struktur kalimah tertentu Al-Quran. Dr Syaaban Mohd Ismail memperincikan
sebagai suatu keterangan yang membincangkan mengenai cara penulisan
mushaf-mushaf pada zaman saidina Uthman.
Ia juga dikenali
dengan Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada sahabat-sahabat yang bertanggungjawab menulis
Mushaf-Mushaf dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu. Ia juga dinamakan Rasm
Tauqifi kerana kebanyakan ulama berpendapat bahawa Rasm tersebut merupakan
manifestasi kaedah-kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah dan bagindalah juga
memerintahkan supaya digunakan di dalam penulisan Al-Quran Ketika itu.
Resm uthmani
1) Tulisan asal al-Quran yang diwahyukan kepada Nabi
Muhammad SAW.
2) Resm yang digunakan sahabat-sahabat menulis ayat-ayat
Al-Quran.
3) Dinisbahkan kerana beliau beliau mengarahkan Al-Quran
disalin semula.
Sejarah penulisan Al-quran
Umum diketahui
bangsa Arab adalah bangsa Ummiy tidak mengenal tulisan. Keadaan ini berlaku di
kalangan Qurais kecuali beberapa orang yang belajar menulis menjelang
kedatangan Islam. Hal ini juga menjadi isyarat daripada Allah mengenai akan
datang seorang nabi iaitu Nabi Mohd
s.a.w mengukuhkan Islam dan mempersiapkan dokumentasi yang dia akan turunkan
kepadanya. Media tulisan merupakan media penjagaan yang lebih teliti dan
berkemungkinan minima mengalami perubahan.
Para sejarawan hampir
bersepakat bahawa kaum Qurais di Makkah tidak mengambil tulisan kecuali melalui
Harb b Umaiyah Ibn Abi Syam. Mereka cuma berbeza pendapat mengenai daripada
siapa ia mempelajarinya. Dari sumber inilah dijumpai sejumlah orang yang mampu
menulis menjelang kedatangan Islam. Jumlah mereka sangat sedikit dibanding dengan sekian besar jumlah yang
masih buta huruf.
Adapun warga Madinah
ada di antara mereka terdapat sejumlah ahli Kitab yang mampu menulis. Ketika
nabi memasuki Madinah terdapat sebilangan orang Yahudi yang mengajar
anak-anaknya menulis. Di sini juga terdapat dua puluh orang yang pandai menulis
antaranya Munzir ibn Amr, Ubay ibn Wahb, Amr ibn Said, Zaid b Thabit yang
kesemuanya belajar tulis menulis daripada kalangan Yahudi atas perintah Nabi s.a.w.
Kemudian datanglah
Islam. Ia memerangi butahuruf bangsa Arab, dan menghapuskannya demi
mempertingkatkan martabat mereka. Ayat-ayat 1 dan 4-5 surah Al-Alaq dan
ayat-ayat 1-2 surah Al-Qalam membuktikan keadaan tersebut. Peringatan melalui
ayat-ayat tersebut membuktikan keperluan penulisan dalam mengangkat martabat
umat islam.
Oleh sebab itu Rasul
s.a.w sangat menggalakkan sahabatnya untuk belajar manulis. Ia menyedia
berbagai media untuk mencapai hasrat tersebut. Tawanan perang badar yang pandai
menulis diarahkan mengajar sepuluh sahabat nabi sebagai bahan tebusan. Sedikit
demi sedikit hilangnya buta huruf dan digantikan dengan celik huruf. Ini
membuktikan bahawa islam adalah agama ilmiah, berbudaya dan bertamadun.
Penulisannya dimasa Saidina Uthman.
Semasanya kawasan Islam semakin luas dan kaum muslimin bertaburan
diberbagai daerah. Umat islam jauh daripada masa kerasulan dan turunnya wahyu.
Masing-masing daerah islam mengambil qiraat sahabat terkenal daripada kalangan
mereka. Di antara mereka terjadi perbezaan wajah-wajah qiraat yang memungkinkan
timbulnya pertikaian dan perpecahan.
Pertikaian itu menjadi sengit kerana
mereka telah jauh daripada masa kenabian. Keadaan itu semakin parah sehingga
saling mengkafirkan antara sesama sendiri. Pertikaian itu merebak ke
darah-daerah lain seperti Hijaz dan Madinah.
Kerana peristiwa-peristiwa tersebut saidina Uthman mengumpulkan para pakar
untuk menyelesaikannya. Mereka akhirnya bersepakat untuk menyalin beberapa
mushaf untuk dikirimkan di daerah dan mengeluarkan perintah agar selainnya
dibakar dan hanya bertumpu kepadanya.
Uthman melaksanakan kesepakatan bistari itu sekitar akhir tahun kedua puluh
empat dan awal tahun kedua puluh lima Hijriah. Untuk menyalin Al-Quran mereka
dibantu oleh beberapa sahabat pilihan yang berkepakaran dalam bidang Al-Quran
antaranya Zaid b Thabit, Zaid b Al-Ash dan Abdurrahman ibn Al-Haris. Akhirnya
terhasillah beberapa naskhah mushaf
Uthmani dan di hantar naskhah tersebut ke beberapa daerah Islam bersama
seorang Qari yang mewakili Qiraat-qiraat tertentu. Mushaf-mushaf Uthmani
memilikki kaedah-kaedah penulisan tertentu. Para pakar di bidang ini
meringkaskan kaedah-kaedah tersebut ke dalam enam kaedah dasar. Kaedah-kaedah
tersebut akan diperincikan kemudian.
KELEBIHAN RESM UTHMANI.
1).Rasm Uthmani
salah satu rukun bacaan Al-Quran.
®
Ulama bersepakat
rukun bacaan Al-Quran ada tiga dan salah satunya bacaannya menepati salah satu
daripada mushaf-mushaf Uthmani samada yang dihantar ke Mekah, Madinah, Kufah,
Basrah, Syam atau pun mushaf imam yang disimpan oleh beliau sendiri.
2).Merangkumi
tujuh huruf.
®
bertepatan dengan wajah qiraat yang diajarkan rasulullah
kepada sahabat-sahabatnya.
®
Terdapat banyak
hadith berkaitan tujuh huruf dan pelbagai pendapat ulama mengenai maksudnya
®
Sekiranya rasm
Uthmani tidak digunakan dalam penulisan Al-Quran pasti mushaf yang dihasilkan
tidak meliputi semua huruf dan seterusnya menjadi mushaf itu terhad dan sesuai
digunakan untuk membaca qiraat mutawatiroh tertentu sahaja dan tidak bagi
qiraat-qiraat mutawatiroh yang lain.
3).Bertepatan dengan
pembentangan bacaan Al-Quran terakhir.
®
melalui sejarah
islam rasul melakukan semakan terakhir Al-Quran dengan malaikat Jibril dan Zaid
b Thabit seorang sahabat yang sangat rapat dengannya turut berada bersamanya.
®
Dengan keadaan
tersebut Zaid b Tahbit diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpul
Al-Quran oleh dua khulafak Ar-Rasidin saidina Abu Bakar dan Sadina Uthman. Ia menulis berdasarkan
kepada pembentangan tersebut.
®
Oleh itu beliau
meyakini bahawa kesemua ayat Al-Quran yang diturunkan semasa hayat nabi tetapi
tidak dibentangkan semasa pembentangan terakhir adalah sebagai ayat yang
dimansuhkan tulisannya dan beliau tidak menulisnya di mushaf tersebut. Begitu
juga apa yang terkandung dalam Mushaf-mushaf
para sahabat seperti Mushaf Saidina Aisyah, Umar, Ubai b Kaab dan
lain-lain sahabat kerana sebahagiannya tidak terdapat semasa pembentangan
terakhir.
4).Kaedah penulisan
yang istimewa.
®
Terdapat 6 kaedah
yang selaras dengan penulisan al-quran.
Kaedah-kaedah Rasm Uthmani
- kaedah pembuangan atau pengurangan (Hazaf)
hazaf bermaksud
membuang atau menggugurkan huruf-huruf hijaiah tertentu dalam struktur kalimah
tertentu Al-Quran. Huruf-huruf tersebut ialah alif,wau,ya,lam nun dan
huruf-huruf alif, wau dan ya pada kata permulaan (fawatih) surah tertentu
Al-Quran
- Kaedah ziyadah atau tambahan.
Ziyadah bermaksud
menambah huruf-huruf tertentu pada kalimah-kalimah tertentu Al-Quran. Huruf
tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi pada semua keadaan pada bacaan.
Huruf-huruf tambahan tersebut ialah alif, wau dan ya.
- Ziyadah huruf wau pada ;
i. Kalimah “سأوريكم”
pada
ö/ä3ƒÍ‘'ré'y™ u‘#yŠ tûüÉ)Å¡»xÿø9$#
(Al-A’raf 145)
- Kaedah Penggantian atau pertukaran (ibdal.)
ia bererti
pertukaran huruf-huruf tertentu dengan huruf-huruf tertentu pada
kalimah-kalimah tertentu Al-Quran. Pertukaran tersebut berlaku dalam lima
keadaan berikut iaitu;
- Pertukaran huruf alif kepada wau
- Pertukaran alif kepada ya
- Pertukaran nun kepada alif
- Pertukaran ta simpul kepada ta terbuka
- Pertukaran thulathi wau kepada alif.
- Kaedah Berangkai (Al-Wasl) atau berpisah.(Al-Fasl)
berangkai ialah
penggabungan penulisan sesuatu lafaz dengan lafaz lain yang lazimnya dipisahkan
manakala pemisahan bermaksud pemisahan penulisan dengan lafaz yang lain yang
lazimnya ditulis secara berangkai. Contohnya penggabungan penulisan lafaz “an”
dengan “lan” pada ayat 3 surah Al-Qiyamah dan pada ayat 48 surah Al-Kahf dan
pemisahan penulisan lafaz “anna” dengan “ma” pada surah luqman ayat 30 dan
Al-Haj ayat 62
- Kaedah penulisan kalimah-kalimah yang mempunyai qiraat berbeza.
Dalam kaedah ini
bila memungkinkan sesuatu kalimah yang mempunyai wajah-wajah qiraat tertentu
ditulis dalam bentuk tulisan yang sama maka pola penulisannya sama dalam setiap
mushaf Othmani. Contohnya kalimah “maliki” dalam surah fatihah. Jika tidak
memungkinkan kalimah tersebut ditulis dalam pola yang sama maka ditulis dalam mushaf Uthmani dalam bentuk
Rasm mushaf yang berbeza. Contohnya kalimah “ووصى” pada ayat 132
surah baqarah pada sebahagian mushaf ditulis "وأوصى" dan pada sebahagian mushaf lain ditulis dan
dibaca "ووصى"
- Kaedah penulisan huruf hamzah.
kaedah penulisan
huruf hamzah menurut Rasm Uthmani tidak begitu ketara kecuali hamzah-hamzah di
awal kalimah.
KELEBIHAN RESM UTHMANI SECARA RINGKAS
®
Mengikut
tulisan asal alQuran sewaktu zaman Nabi s.a.w ( kerana ianya disalin dari
mushaf abu bakar)
®
Memperbolehkan
bacaan sesuatu kalimah dengan pelbagai qiraat. – Mengandungi pelbagai
Qiraat, walaupun sebahagiannya berlaku perbezaan makna tapi tak terkeluar dari
maksud dan tujuan ayat itu.
®
Telah
disepakati lebih kurang 12,000 para sahabat atas keputusan penulisannya
®
Ditulis
berdasarkan dalil dan hujjah yg kuat dari bacaan yang mutawatir.
®
Ditulis
ayat-ayat yg diambil dari para huffaz yg menjadi teras pengumpulan alQuran
®
Kaedah-kaedah
penulisannya mengandungi pelbagai rahsia dan pengembangan ilmu dan ijtihad.
PENGENALAN RESM IMLAI.
Resm imlai atau al-Qiyasi ialah membentuk atau menggambarkan
satu perkataan dengan huruf ejaannya, dengan mengambil kira cara untuk
memulakan dan berhenti pada perkataan tersebut.
Ia juga ditakrifkan sebagai membentuk
atau menggambarkan satu perktaan berpandukan huruf-huruf ejaannya supaya ada
kesesuaian di antara tulisan perkataan tersebut dengan sebutannya. Resm ini
juga dinamakan sebagai Resm Imla’i iaitu penulisan yang
berpandukan kepada huruf-huruf ejaannya. Justeru itu, cara penulisannya tidak
dikaitkan dengan ziyadah, hadhaf, ibdal dan
sebagainya

® Kaedah penulisan Qiyasi atau Imla’I tidak
pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW untuk menulis al-Quran
® tidak pernah digunakan oleh sahabat untuk
menulis al-Quran pada zaman tersebut.
® hanya digunakan untuk menulis
perkataan-perkataan arab sahaja.
® Ringkasnya penulisan al-Quran dengan
menggunakan kaedahQiyasi hanya berlaku selepas zaman sahabat untuk
memberi kemudahan kepada orang ramai membaca al-Quran.
assalamualaikum..minta maaf saya nak bertanya ..dari mana saya boleh dapatkan sumber mengenai info diatas ..saya nak buat kajian mengenai resm uthmani
ReplyDeletesalam. nak tanya, awk buat kajian tentang rasm uthmani ka ? boleh sy dapatkan nama kitab rujukan yg awak guna tak ? tq
Deleteassalam.. boleh saya tahu dari mana sumber tentang rasm uthmani yang ditulis ni ? untuk kajian saya. terima kasih.
ReplyDelete