Monday 11 November 2013

NOTA SIRAH PAI PPISMP SEMESTRE 3..

KEDUDUKAN PENDUDUK MADINAH SEBELUM HIJRAH.
1)    Madinah terletak di utara Makkah di tengah – tengah perjalanan jalan dagang antara Makkah dan Syam.
2)    Tiga golongan pendudukannya – Nasrani, Yahudi dan Arab.
3)    Tiga golongan Yahudi – Bani Quraizah, Qunaiqa’, Nadhir.
4)    Dua golongan Arab – suku Aus dan Khazraj.
5)    Masalah politik dan ekonomi kerap berlaku antara mereka

1).Peristiwa orang quraisy memulau bani hasyim dan Bani Abd Mutalib.
Orang musyirikin telah melakukan pemulauan ke atas Nabi, orang Islam dan Bani Hasyim sebagai salah satu cara untuk menyekat perkembangan Islam. Pada mulanya, pemulauan ini hendak dilakukan selama 10 ahun tetapi setelah 3 tahun berlangsung, ia telah ditamatkan. Pemulauan ini telah menyebabkan umat Islam menghadapi penderitaan yang teruk.
Pada tahun akhir pemulauan, 2 orang penyokong kuat Nabi iaitu Siti Khadijah dan Abu Talib meninggal dunia. Walaupun orang Islam menghadapi penderitaan tetapi peristiwa ini tetap memberi kesan positif terhadap perkembangan Islam. Penderitaan yang dialami telah melahirkan rasa simpati masyarakat umum terhadap Nabi sehingga ada antara mereka yang mendesak orang musyirikin untuk menamatkan pemulauan itu. Peristiwa ini tidak melemahkan semangat perjuangan orang Islam, malah orang-orang kaya di antara mereka telah mengorbankan kekayaan mereka bagi membantu saudara lain. Hal ini menyebabkan hubungan antara mereka bertambah rapat. Kegagalan orang musyirikin meneruskan rancangan ini telah menjatuhkan imej mereka pada pandangan kabilah-kabilah lain. 
  • Musyrikin Qiraisy bersetuju tidak mengahwinin, tidak berjual beli, memutuskan hubungan, menyekat sumber-sumber rezeki dan tidak menerima sebarang perdamaian. Naskhah perjanjian digantung di Kaabah. Pemulauan ini berlaku selama 3 tahun bermula dari bulan Muharam tahun ke-7 hingga tahun ke-10 selepas kebangkitan baginda s.a.w. menjadi Rasul. Berakhir dengan anai-anai menggerit naskhah perjanjian.

2).PERISTIWA HIJRAH KE HABSYAH (kerana penindasan orang2 quraisy mekah)
Dalam sejarah perkembangan awal Islam terdapat 2 peristiwa penting iaitu Hijrah ke Habsyah dan Hijrah ke Madinah. Namun dalam 2 peristiwa ini, Nabi Muhammad hanya melibatkan diri dalam hijrah ke Madinah. Kerana itu jugalah peristiwa Hijrah tersebut digelarkan Hijratul-Rasul dan disambut oleh umat Islam pada setiap tahun sehingga kini.
Dalam perjanjian Hijrah ke Habsyah, hanya sebahagian daripada pengikut Nabi yang terlibat. Hijrah ke Habsyah lebih bersifat sementara dan bertujuan mencari perlindungan. Kebanyakan daripada mereka kembali ke Arab apabila mendengar berita pengislaman Saidina Umat al-Khattab. Ada yang kembali semula selepas mendengar berita Hijrah ke Madinah.

Bantuan Perlindungan di Habsyah
Pada tahun ke-5 kerasulan, sebahagian daripada umat Islam telah berhijrah ke Habsyah untuk mencari perlindungan di sana. Nabi Muhammad sendiri menyarankan agar berhijrah ke Habsyah kerana ia dianggap sebagai Bumi Kebenaran dan penganiayaan tidak berlaku di sana. Terdapat 2 rombongan umat Islam berhijrah ke sana. Rombongan ini telah mendapat perlindungan di Habsyah walaupun Maharaja Najashy menganut agama Nasrani. Kejadian ini telah memberikan perangsang dan menguatkan azam Nabi Muhammad untuk terus berjuang menyebarkan Islam.



Peristiwa orang berpengaruh di mekah memeluk islam.
Pengislaman Umar
Umar Bin al-Khattab adalah antara sahabat Nabi yang agak lewat menerima Islam. Ketika orang Islam berhijrah ke Habsyah mereka menerima berita bahawa beliau telah memeluk Islam. Sebelum menerima Islam, Umar ialah seorang penentang kuat Nabi tetapi selepas menerima Islam, beliau menjadi sahabat Nabi yang kuat.
Pengislaman beliau sangat besar ertinya terhadap perkembangan Islam. Nabi sendiri pernah berdoa supaya Allah membuka hati Umar untuk menerima Islam. Sebelum Islam, Umar mempunyai penyokong yang ramai. Dengan islamnya Umar, kedudukan Islam menjadi kuat dan orang Islam berani melakukan ibadat secara terbuka. Pengislaman Umar juga merupakan satu tamparan yang hebat kepada musyirikin Mekah kerana sebelum ini Umar bersungguh-sungguh menunjukkan penentangannya terhadap Islam.

Pengislaman Hamzah
Hamzah ialah seorang pemuda gagah Quraisy. Beliau ialah bapa saudara Nabi. Beliau tidak menyahut seruan Islam tetapi tidak terlibat dalam gerakan menentang Islam. Pengislamannya mungkin berlaku secara spontan. Hal ini kerana pada suatu hari semasa beliau balik dari berburu, beliau terlihat orang yang sedang menghina Nabi. Sebagai tokoh Bani Hasyim, beliau memarahi orang itu dan menyatakan pengislamannya. Beliau merupakan panglima Quraisy yang ulung dan disegani. Pengislamannya memantapkan lagi perjuangan Islam.
Peristiwa Israk dan Mikraj
Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab. Israk ialah perjalanan pada waktu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke langit dan seterusnya hingga ke Sidratul Muntaha. Dalam peristiwa ini, Nabi telah diperlihatkan dengan pelbagai tanda kekuasaan Allah. Peristiwa ini menjadi ujian kepada orang Islam.
Bagi yang beriman, iman mereka semakin mantap tetapi bagi yang kurang beriman, maka menjauhkan diri kerana menganggap Nabi mereka cerita. Peristiwa inilah ibadat sembahyang mula diwajibkan. Peristiwa ini memberi keterangan kepada Nabi walaupun orang musyirikin semakin kuat menentang. Saidina abu bakar tetap mempertahankan nabi sehingga di beri gelaran as-siddiq(yang membenarkan)

DAKWAH ISLAMIYYAH.
Dakwah di Taif
Selepas tamatnya pemulauan, Nabi dengan ditemani oleh Zaid Bin Harithah telah pergi ke Taif untuk berdakwah kepada Bani Thaqif. Pemergian Nabi disebabkan beliau kecewa dengan sikap penduduk Mekah di samping Abu Talib dan Khadijah. Di Taif, sekali lagi Nabi dikecewakan. Mereka bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah yang disampaikan, malah telah mengupah kanak-kanak melontar Nabi dengan batu sehingga Nabi cedera.
Ternyata dakwah di Taif gagal kerana Bani Thaqif mempunyai hubungan rapat dengan puak Quraisy. Sungguhpun Nabi kecewa, tetapi semangat untuk terus berdakwah tetap kukuh. Dari segi jangka panjang, dakwah ke Taif tidak gagal kerana sekurang-kurangnya Nabi telah berjaya mengislamkan seorang penganut Kristian, iaitu Addas. Peristiwa ini telah membuka jalan kepada pengislaman penduduk Taif pada 9 Hijrah. Kegagalan dakwah di Taif juga dianggap sebagai Muqaddinah (permulaan) kepada peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa ini menggembirakan Nabi dan menambahkan keyakinan untuk terus berdakwah.



Perjanjian Aqabah
Apabila Nabi sedar penduduk Mekah tidak mahu menerima Islam, Nabi mengalihkan perhatian kepada orang luar Mekah. Pada tahun ke-11 selepas kerasulan Nabi, 6 orang penduduk Yathrib telah datang menemui Nabi dan menyatakan keislaman mereka. Pada tahun berikutnya, 12 orang lagi datang dan mengadakan ikrar yang dikenali sebagai Bai'at Aqabah I. Apabila mereka pulang ke Madinah, Nabi menghantar Mus'ab Bin Umair untuk menjadi guru dan imam mereka. Pada musim Haji tahun berikutnya, seramai 73 orang lagi mengadakan ikrar Aqabah II. Dengan adanya ikrar ini, bilangan penganut Islam telah bertambah bilangannya. Secara tidak langsung, tenaga pendakwah bertambah. Penduduk Yathrib berjanji akan menyebarkan Islam di sana. Ikrar ini dianggap sebagai Muqaddiah kepada peristiwa Hijrah yang berlaku pada 622 Masihi.

Peristiwa Hijrah Ke Madinah
 Perjalanan hijrah nabi Muhammad.
1)    Berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September 622M.
2)    Ia berlaku secara senyap dan berperingkat – peringkat.
3)    Nabi berhijrah selepas penghijrahan orang Islam lain.
4)    Perjalanan hijrah Nabi ditemani oleh Abu Bakar selama 12 hari.
5)    Umar al-Khattab berhijrah dengan terang – terangan, bersendirian dan dengan berani.

 Konsep dan pengertian hijrah.
1)    Perkataan arab bermaksud berpindah (perpindahan dari Makkah ke Madinah untuk mengukuhkan Islam).
2)    Pengertian lebih luas – menegakkan kebenaran, meninggalkan keburukkan dan kejahatan, perubahan sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.
3)    Tafsiran orientalis barat, hijrah ialah pelarian. Ia disangkal oleh Islam kerana orang Islam dijemput oleh penduduk Madinah, ketibaan disambut rela penduduk Madinah, diberi tempat tinggal dan dijamin keselamatan, nabi diterima semua penduduk termasuk orang bukan Islam.

 Bagaimana Nabi melepaskan diri dari Makkah ke Madinah.
1)    Hijrah bermula apabila nabi melepasi kepungan Quraisy di rumah bagnda. Ali telah tidur di tempat tidur nabi dan menggunakan selimut nabi.
2)    Kemudian nabi berjumpa Abu Bakar memeberitahu perintah Allah agar berhijrah. Mereka berdua bersembunyi di Gua Thur. Perjalanan seterusnya dipandu Abdullah b. Arqat.
sebab dan tujuan hijrah :
1)    Perintah Allah melalui wahyu yang menyatakan niat orang Quraisy ingin membunuh nabi.
2)    Allah memerintahkan nabi agar segera berhijrah ke Madinah.
3)    Ancaman di Makkah menjejaskan penyebaran Islam, maka suasana aman di Madinah memudahkan penyebaran Islam.
4)    Suku Auz dan Khazraj sering bertelagah dan ekonomi mereka dikuasai orang yahudi. Maka mereka memerlukan pemimpin seperti nabi untuk mendamaikan hidup mereka.

kepentingan peristiwa hijrah ke madinah :
1)    Dakwah Islam dapat disebarkan secara aman dan terang.
2)    Mempersaudarakan suku Arab Madinah (Aus dan Khazraj).
3)    Mempersaudarakan orang Islam Madinah dan Makkah.
4)    Orang Makkah yang berhijrah ke Madinah digelar Muhajirin dan orang Madinah digelar Ansar.
5)    Menyatukan penduduk pelbagai suku, budaya dan agama di Madinah.
6)    Nabi membina masjid al-Nabai – masjid menjadi temapt beribadat, belajar bertemu dan berbincang, di persekitaran masjid aktiviti harian dijalankan seperti jual beli.
7)    Takwim hijrah sempena peristiwa hijrah digunakan bermula dari pemerintahan Khalifah Umar.
8)    Nama Yathrib ditkar kepada Madinah al-Munawwarah bermaksud kota bercahaya.
9)    Hijrah membawa sikap toleransi, tolong – menolong. contohnya orang Islam Makkah dibantu oleh orang Madinah.
10) Hijrah dibantu pengorbanan harta dan nyawa para sahabat seperti Abu Bakar, Ali dan Abdul Rahman Auf.
11) Wanita juga sanggup berkorban seperti Asma’ puteri Abu Bakar ke Gua Thur menghantar makanan dan berita.
12) Hijrah menunjukan ketabahan nabi meninggalkan kesenangan hidup dan tidak berputus asa.
13) Hijrah menunjukkan kebijaksanaan nabi yang tidak terus ke Madinah tetapi bersembunyi dahulu di Gua Thur.

 strategi negara Islam Madinah dalam menyebarkan Islam.
1)    Quraisy Makkah mencari sokongan orang Arab dan Yahudi di Tanah Arab bagi menentang Islam di Madinah.
2)    Strategi baginda pula dengan menyebarkan Islam secara meluas seperti di Rom, Parsi, Mesir.
3)    Nabi menghantar perutusan ke sana untuk memeluk Islam.
4)    Nabi menggunakan kaedah diplomasi dengan mewujudkan persefahaman antara negara disamping menyebarkan Islam.
5)    Serangan Quraisy kepada kabilah Islam akhirnya membawa perang, tetapi perang dalam Islam untuk maruah diri, agama dan negara. Perang hanya dilakukan selepas turunnya wahyu Allah menbenarkannya.


PERJANJIAN HUDAIBIAH
1)    Perjanjian Hudaibiah ialah perjanjian damai yang membawa kepada gencatan senjata antara Rasulullah SAW dengan musyrikin Quraisy.
2)    Peristiwa tersebut berlaku pada bulan Zulkaedah tahun ke 6 Hijrah di suatu tempat yang bernama Hudaibiah.
3)    Persiapan Rasulullah SAW mengerjakan umrah;
(i)   Memakai pakaian ihram di Zul Hulaifah.
(ii)  Membawa binatang ternakan.
(iii) Melantik pengawal keselamatan.
(iv) Bertalbiah sepanjang jalan.
(v)  Melalui jalan yang jarang dilalui oleh orang ramai.

SEBAB BERLAKU PERJANJIAN HUDAIBIAH;
(i)   Hasrat Rasulullah SAW untuk mengerjakan umrah dihalang.
(ii)  Ketaatan dan kepatuhan sahabat pada kepimpinan Rasulullah SAW.
(iii) Kebijaksanaan Rasulullah SAW mengatur strategi.
  ISI PERJANJIAN HUDAIBIAH;
1)    Gencatan senjata selama 10 tahun. 
2)    Umat Islam tidak boleh mengerjakan umrah pada tahun tersebut tapi boleh mengerjakannya pada tahun berikutnya.
3)     Kedua-dua pihak tidak boleh membantu mana-mana pihak yang berperang.
4)    Kedua-dua pihak bebas membuat perjanjian dengan mana-mana pihak. 
5)    Orang Quraisy yang datang ke Madinah tanpa izin walinya hendaklah dihantar pulang tapi orang Islam yang masuk ke Mekah tidak perlu dihantar pulang.
HIKMAT PERJANJIAN HUDAIBIAH;
(i)  Terhindar daripada berlaku pertumpahan darah.
(ii)  Faktor kepada pembukaan Mekah.
(iii) Orang Islam dan Quraisy bebas berinteraksi antara satu dengan yang lain.
(iv) Orang Islam bebas menyebarkan dakwah.
(v)  Ramai orang Quraisy memeluk Islam.

PIAGAM MADINAH
PIAGAM PERTAMA YANG DITULIS DALAM SEJARAH DUNIA
MAKSUD PIAGAM MADINAH
  • Perlembagaan yang ditulis dan dipersetujui bersama semua golongan (orang Islam dan Yahudi) yang menjadi warganegara Madinah Al-Munawwarah pimpinan Rasulullah SAW.
  •  Disebut Sahifah al-Madinah (perlembagaan bertulis pertama di dunia).
  •  Menjadi asas pembentukan sebuah Negara Islam.

PERISTIWA SEBELUM PENGGUBALAN PIAGAM MADINAH
1. PERJANJIAN AQABAH PERTAMA:
Ø  12 orang penduduk Madinah ke Makkah bertemu Rasulullah SAW, berjanji meninggalkan perkara syirik, mencuri, berzina, membunuh anak, tidak menipu serta taat perintah Rasulullah SAW.


2. PENERIMAAN MASYARAKAT YATHRIB TERHADAP AGAMA ISLAM:
Ø  Mus’ab bin Umair diutus ke Yathrib mengajar al-Quran oleh Rasulullah SAW.
Ø  Dakwah Mus’ab diterima baik penduduk Aus dan Khazraj.  Akhirnya ramai yang memeluk Islam.
3. PERJANJIAN AQABAH KEDUA:
Ø  Tahun berikutnya, Mus’ab membawa 73 orang lelaki dan 2 orang wanita Madinah.
Ø  Mereka berbai’ah akan memelihara dan mempertahankan Rasulullah SAW, berikrar taat setia ketika susah dan senang, tidak berpecah dan bercakap benar di mana sahaja.

KANDUNGAN PIAGAM MADINAH
®    Terdapat 10 Bahagian dan mengandungi 47 fasal.
®    23 fasal mengenal peraturan sesama Islam dan 24 fasal tentang orang Yahudi. Antara kandungannya ialah:
  1. Mengakui Nabi Muhammad SAW, ketua Negara Madinah.
  2. Mengakui Ansar dan Muhajirin sebagai umat yang bertanggungjawab terhadap agama, rasul dan masyarakat Islam.
  3. Setiap kaum bebas beragama dan mengamalkan cara hidup masing-masing.
  4. Orang Islam dan Yahudi bertanggungjawab terhadap keselamatan Negara daripada serangan musuh.
  5. Orang Yahudi dibenarkan hidup dengan cara mereka serta menghormati orang Islam tetapi tidak dibenarkan melindungi orang Musyrikin Quraisy.
  6. Setiap masyarakat bertanggungjawab menjaga keselamatan dan mengekalkan perpaduan di Madinah.
  7. Setiap individu tidak boleh menyakiti dan memusuhi individu atau kaum lain. Hendaklah tolong-menolong demi pembangunan, ekonomi, dan keselamatan.
  8. Setiap kaum perlu merujuk Rasulullah SAW (ketua negara) jika berlaku perbalahan.
  9. Mana-mana pihak dilarang berhubungan dengan pihak luar terutama Musyrikin Mekah dan sekutu mereka.
  10. Piagam ini mempunyai kuasa melindungi pihak yang mempersetujuinya dan hak mengambil tindakan pada sesiapa yang melanggarnya.

Piagam ini membuktikan betapa Nabi Muhammad saw mampu menjalankan perananya sebagai pemimpin dan ketua agama kepada semua pihak tanpa melakukan diskriminasi.  Piagam ini mempunyai 47 fasal dan dibahagikan kepada dua bahagian yang setiap satu mempunyai 23 dan 24 fasal. Piagam ini memberikan penekanan terhadap beberapa perkara yang telah diringkaskan di bawah:

Asas Pemerintahan Moden Dalam Piagam Madinah.
Piagam Madinah merupakan perlembagaan kerajaan Islam yang pertama yang ditulis sebagai asas pemerintahan yang menjadi sandaran pemerintahan rasululullah saw dan hubungannya dengan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Ianya merupakan implimentasi kepada asas-asas siyasah yang bersesuaian dengan keperluan semasa dan syarak.  Penulisan perlembagaan ini menggambarkan hakikat ketelusan pemerintahan Islam dan keadilannya.
Mewujudkan perlembagaan yang bertulis yang sesuai dengan keperluan semasa walaupun al-Quran telah wujud menunjukkan kepada keperluannya bagi mentadbir sesebuah negara.

Berikut ialah beberapa asas kerajaan moden yang terdapat di dalam Piagam Madinah:
Penyataan Mengenai Ummah dan Kerakyatan
Piagam Madinah telah menegaskan mengenai pembentukan ummah, dan mentakrifkannya dengan menjadikan Islam sebagai asas kerakyatan dalam Daulah Islamiah yang baru disamping menjelaskan hak-hak dan tanggungjawab rakyat sebagaimana berikut:
Fasal 1Ini adalah tulisan daripada Muhammad seorang nabi dan utusan Allah, diantara orang-orang beriman daripada Quraisy dan penduduk Yathrib dan sesiapa yang mengikuti mereka, yang bertemu mereka dan berjihad dengan mereka.
Fasal 2Mereka adalah satu ummah tanpa manusia lain.
Fasal 3Muhajirin daripada Quraisy di atas keadaan mereka, saling menjadi `aqilah antara mereka, mereka melepaskan tawanan mereka dengan makruf dan adil sesama mukminin.

kerakyatan bukan Islam daripada Yahudi dan musyrikin Mekah yang datang ke Madinah, dengan menentukan hak-hak dan tanggungjawab mereka, sebagimana dalam fasal berikut:
Fasal 24 Orang-orang Yahudi perlu mengeluarkan perbelanjaan peperangan bersama orang-orang yang beriman apabila mereka berperang.
Fasal 25Sesungguhnya Yahudi bani `Auf satu ummat bersama orang-orang yang beriman, bagi Yahudi agama mereka dan bagi muslimin agama mereka, hamba-hamba mereka dan diri mereka, melainkan sesiapa yang berlaku zalim sesungguhnya dia tidak membinasakan melainkan dirinya dan ahli keluarganya.
Fasal 26Dan bagi Yahudi bani al-Najjar seperti apa yang menjadi hak dan tanggungjawab bani `Auf.

Pernyataan Mengenai Peribadi Ketua Negara.
Nas-nas Piagam Madinah menyatakan bahawa ketua kerajaan baru itu ialah rasulullah (s.a.w.). Kepadanyalah dirujuk dalam menyelesaikan segala  perselisihan dan bagindalah yang akan memelihara nas-nas perlembagaan dan melaksanakan segala ketetapannya.
Sebagaimana dalam fasal 23; Apabila kamu berselisih dalam apa perkara sekalipun maka rujukannya ialah kepada Allah dan Muhammad. Begitu juga dalam fasal 42.

Mengakui Dasar Keadilan dan Persamaan.
fasal 13Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan bertakwa, maka tangan mereka ke atas sesiapa yang melampaui batas di antara mereka, atau menuntut pemberian dengan cara yang zalim, dosa,  permusuhan dan kemusnahan antara mukminin, maka tangan-tangan mereka diatas mereka semua walaupun keatas anak-anak salah seorang daripada mereka.
Fasal 16; Sesungguhnya sesiapa dikalangan Yahudi yang mengikuti kami maka bagi mereka hak pertolongan dan persamaan tidak dizalimi dan tidak akan bertolong-menolong menentang mereka.

Pernyataan Dasar  Perjanjian Perdamaian.
Fasal 45:  Apabila orang-orang beriman di ajak berdamai bercampur dan bersekutu, mereka ( Yahudi) akan berdamai dan bersatu begitu juga sekiranya mereka ( Yahudi) diajak berdamai dan bersatu maka menjadi tanggungjawab orang-orang beriman menerimanya melainkan ke atas mereka yang berperang kerana agama.

Pernyataan Mengenai Sempadan Kerajaan .
Fasal 39Yathrib merupakan bumi selamat di dalamnya kepada ahli perjanjian ini. Rasulullah saw telah menghantar beberapa orang sahabat untuk membina tanda sempadan Madinah.

Pernyataan Dasar Larangan Melakukan Perjanjian Secara Sendiri.
Fasal 17Bahawa perdamaian orang-orang yang beriman adalah satu. Seorang beriman tidak boleh membuat perdamaian tanpa mukmin yang lain dalam peperangan di jalan Allah, melainkan hendaklah diatas sama rata dan keadilan sesama mereka.

Penyataan Menganai Dasar Dan Hak-hak Kejiranan.
Fasal 40Sesungguhnya jiran seperti diri sendiri tidak dimudarati dan tidak diinaya.

Dasar Takaful Dalam Melunaskan Hutang.
Fasal 12, 25 :  Tidak dibiarkan orang-orang yang beriman terbeban dengan hutang, melainkan tunaikanlah untuknya dan bantulah dia begitu juga Yahudi dengan Yahudi.

Dasar Berkaitan Keamanan Negara.
Fasal 24, 36. Mempertahankan Madinah merupakan tanggungjawab semua penduduk dan mereka yang tinggal dibuminya.
Jelas di sini bahawa piagam Madinah telah meletakkan asas yang penting kepada sesebuah kerajaan dengan menentukan kuasa perundangan, kuasa eksekutif dan kuasa kehakiman disamping menyatakan hak-hak dan tanggungjawab rakyat dan kerajaan.
Piagam Madinah merupakan asas sistem pemerintahan yang moden sebagaimana yang dilaksanakan pada hari ini. Walau bagaimanapun isi piagam Madinah adalah berasaskan keperluan semasa kerajaan Islam ketika itu tetrutamanya nas-nas perlembagaan yang berkaitan dengan umat Yahudi dan qabilah-qabilah yang lain. Namun begitu ianya tidak terkeluar daripada memperuntukan tiga kuasa penting sebagaimana yang dinyatakan tadi.



KESAN PIAGAM MADINAH;
1)    Terbentuknya sebuah negara Islam yang pertama.
2)    Rasulullah SAW diiktiraf sebagai ketua negara.
3)    Hak kebebasan beragama, keselamatan dan kehormatan individu terjamin.
4)    Perpaduan kaum dapat diwujudkan.
5)    Dakwah Islam dapat berkembang dengan baik.
6)    Negara Madinah menjadi semakin maju, kuat dan teguh.

Hikmat pembentukan Piagam Madinah;
1)    Wujudnya sebuah institusi keadilan untuk masyarakat mendapatkan hak masing-masing.
2)    Sebagai satu landasan pelaksanaan syariat Islam secara menyeluruh di kalangan masyarakat majmuk.
3)    Menjadi bukti bahawa Islam merupakan satu cara hidup yang lengkap, bukan ibadat semata-mata.
4)    Dakwah Islam dapat dijalankan dengan baik dan terancang.Madinah menjadi sebuah negara yang aman dan tenteram di bawah pimpinan Rasulullah SAW.